SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lebih 100j orang di dunia sudah terima suntikan vaksin Covid-19

Lebih 100j orang di dunia sudah terima suntikan vaksin Covid-19

Feb 2, 2021 | 8:13 PM

Lebih 100j orang di dunia sudah terima suntikan vaksin Covid-19

Lebih 100 juta vaksin Covid-19 telah diberikan di seluruh dunia. - Foto AFP
Lebih 100 juta vaksin Covid-19 telah diberikan di seluruh dunia. - Foto AFP -

PARIS: Lebih 100 juta vaksin Covid-19 telah diberikan di seluruh dunia, menurut pengiraan AFP daripada sumber-sumber rasmi.

Namun, tidak satu pun daripada 29 negara termiskin dunia telah memulakan usaha pemvaksinan besar-besaran, meskipun negara-negara terkaya sudah memberikan dua pertiga daripada keseluruhan suntikan di dunia.

Israel merupakan negara dengan paling banyak suntikan diberikan dengan 37 peratus penduduknya sudah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos, sementara lebih seperlima sudah menerima dos kedua.

China telah memberikan 24 juta suntikan, sementara India, di mana banyak vaksin dihasilkan, hanya memberikan 4 juta suntikan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merungut bahawa "negara-negara kaya memberikan suntikan vaksin sementara negara-negara miskin lihat dan tunggu".

Namun, beberapa negara kaya seperti Jepun, Korea Selatan dan Australia belum memulakan pemvaksinan kerana mereka mampu mengawal pandemik tersebut dengan sekatan perjalanan dan kuarantin yang tegas.

Buat masa ini, terdapat tujuh vaksin yang digunakan di dunia, kesemuanya memerlukan dua dos. - AFP
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg