Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 13 maut dalam 2 letupan depoh peluru di Pakistan

Apr 26, 2023 | 05:30 AM



PESHAWAR: Dua letupan di depoh peluru agensi antikeganasan di barat laut Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 13 orang dan mencederakan lebih 50 yang lain.



Menurut Ketua Polis Wilayah, Encik Akhtar Hayat, letupan itu menggegarkan pejabat agensi antikeganasan di Lembah Swat.



"Kebanyakan mangsa terkorban dalam letupan itu adalah pegawai polis antikeganasan," katanya sambil memaklumkan bahawa seorang wanita dan anaknya yang sedang melalui bangunan berkenaan turut maut.



Jurucakapnya berkata, punca letupan itu pada Isnin itu kemungkinan disebabkan peluru terbakar akibat litar pintas dan setakat ini tiada bukti serangan dari luar berlaku.



Lembah Swat merupakan lokasi penempatan tentera, polis dan agensi antikeganasan Pakistan susulan kawasan itu sering terdedah kepada aktiviti pemberontak.



Lembah Swat, iaitu kawasan yang sebelum ini dikawal kumpulan bersenjata sebelum mereka ditumpaskan dalam operasi ketenteraan pada 2009.



Kumpulan militan juga pernah menembak dan mencederakan pemenang Nobel, Malala Yousafzai pada tahun 2012 di lembah berkenaan.



Bagaimanapun aspek lain letupan berkenaan sedang disiasat ketika ini.



Sementara itu, menurut Ketua Wilayah Jabatan Memerangi Keganasan, Encik Sohail Khalid, letupan itu bukan serangan bunuh diri atau tindakan keganasan lain.



"Setakat ini, tiada sebarang bukti menunjukkan wujud serangan dari luar," katanya.



Jelasnya, terdapat sebuah bilik penyimpanan besar senjata dan sehingga kini pihaknya percaya bahawa letupan itu mungkin disebabkan kecuaian.



"Terdapat sebuah stor yang mana kami menyimpan sejumlah besar senjata. Buat masa ini, kami percaya terdapat kemungkinan berlaku letupan disebabkan kecuaian.



"Kami terbuka untuk meneliti sebarang pilihan kemungkinan berhubung kejadian itu," kata Encik Sohail.



Sementara itu, pentadbiran sebuah hospital berkata, beberapa individu yang mengalami kecederaan telah dibawa untuk mendapatkan rawatan, termasuk sesetengahnya berada dalam keadaan kritikal. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >