Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 150 maut, hilang dek taufan di Indonesia, Timor-Leste

Hujan lebat akibatkan banjir, tanah runtuh dan ribuan hilang tempat tinggal
Apr 07, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa yang hilang sedang angka korban banjir di Indonesia dan Timor-Leste mencecah 157 orang.



Taufan tropika yang melanda kededua negara itu turut menyebabkan ribuan kehilangan tempat tinggal, menurut pihak berkuasa semalam.



Agensi pengurusan bencana Indonesia berkata ia mencatat 130 kematian di sebuah kepulauan terpencil berdekatan Timor-Leste, tempat 27 mangsa dimasukkan ke dalam senarai kematian rasmi.



Penyelamat di Indonesia sedang melawan dengan masa untuk mencari lebih 70 orang yang masih hilang dengan menggunakan mesin pengorek untuk membersihkan kawasan tanah runtuh akibat taufan tropika Seroja.



Hujan lebat menyebabkan banjir dan tanah runtuh yang membuat kawasan masyarakat kecil menjadi kawasan berlumpur yang dipenuhi pokok tumbang dan memaksa ribuan orang terpaksa mencari tempat perlindungan.



Beberapa ribu rumah, hospital dan jambatan musnah atau rosak akibat bencana itu, manakala lebih 10,000 orang telah melarikan diri untuk mendapatkan tempat perlindungan, kata pihak berkuasa.



"Kita mungkin akan melihat cuaca ekstrim (akibat taufan) selama beberapa hari lagi," kata jurucakap agensi pengurusan bencana negara, Encik Raditya Jati.



Encik Roy Trivedy, seorang penyelaras Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Timor-Leste berkata agensi PBB sedang menyokong usaha respons nasional.



"Sebagai langkah tindak balas kecemasan, (PBB) menghulurkan sokongan penuh kepada rakyat dan pemerintah Timor-Leste pada saat genting ini".



"Kami sangat prihatin terhadap masyarakat di sini, dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menggerak sebanyak sumber yang mungkin untuk memberi sokongan terhadap respons kecemasan itu," katanya.



Terdapat kebimbangan bahawa musibah ini akan mengganggu usaha pencegahan Covid-19 selepas kemudahan simpanan perubatan negara dilanda banjir dan banyak bekalan perubatan telah rosak atau hanyut.



Menurut Encik Dageng Liu, Pengarah Negara Program Makanan Sedunia (WFP) PBB di Timor-Leste keutamaan sekarang adalah untuk terus memindahkan keluarga yang terjejas.



Agensi-agensi PBB telah menghantar bekalan seperti makanan, air yang selamat diminum, peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan cecair pembersih tangan, dan menyediakan tandas mudah alih di empat tempat pemindahan. - AFP, Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >