Lebih 2 juta umat Islam mulakan ibadah haji
Aug 10, 2019 | 05:30 AM
MAKKAH: Lebih dua juta umat Islam memulakan ibadat haji semalam ketika tuan rumah, Arab Saudi, berusaha menghalang pengaruh ketegangan politik di Teluk.
Ibadat haji tahun ini berlangsung di tengah-tengah ketegangan rantau Teluk berikutan beberapa siri serangan terhadap kapal tangki, dron ditembak jatuh dan pintasan laluan maritim.