Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 20,000 jemaah termasuk dari luar negara dapat 'kelulusan' laksana umrah

Aug 03, 2021 | 05:30 AM



JEDDAH: Lebih 20,000 jemaah dari dalam dan luar Arab Saudi akan menunaikan ibadah umrah dalam tempoh beberapa hari lagi, menurut Kementerian Haji dan Umrah.



Arab Saudi sudah bersedia menyambut kedatangan mereka untuk menguruskan bakal jemaah untuk menunaikan umrah bermula 10 Ogos ini.



Jurucakap kementerian, Hisham Saeed, berkata kebenaran hanya diberikan kepada jemaah dari negara yang tidak terikat dengan larangan kemasukan oleh Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA).



Ketika ini negara yang berdepan larangan perjalanan adalah India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turkey, Argentina, Brazil, Afrika Selatan, Emiriah Arab Bersatu, Habsyah, Vietnam, Afghanistan dan Lebanon.



Memetik laporan Saudi Gazette, larangan itu disebabkan oleh peningkatan berterusan kes koronavirus dan variannya di negara-negara berkenaan.



Kira-kira 500 syarikat perkhidmatan umrah dan lebih 6,000 ejen umrah asing bersiap sedia menerima jemaah umrah asing yang divaksin.



Jemaah yang berhasrat menempah pakej umrah dan membuat semua pembayaran melalui kira-kira 30 laman web dan platform elektronik yang tersedia bagi tempahan global, menurut Ahli Jawatankuasa Haji dan Umrah, Hani Ali Al-Amiri.



Hanya individu yang lengkap vaksin Covid-19 dibenarkan memohon visa umrah. Calon umrah juga mesti berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan mematuhi protokol yang bertujuan memastikan keselamatan jemaah dari luar negara, kata ahli jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.



Dalam masa yang sama, pengunjung yang memasuki Arab Saudi dari negara yang terjejas Covid-19 dengan melanggar peraturan pencegahan pandemik koronavirus berdepan hukuman denda SR500,000 ($180,511).



Pendakwa Raya dalam kenyataan mengesahkan pengembara yang tiba dengan penerbangan antarabangsa, syarikat penerbangan serta pengendali perjalanan bertanggungjawab mendedahkan butiran peribadi termasuk sejarah perjalanan.



Pihak berkenaan perlu mengisytiharkan sama ada pengembara itu pernah mengunjungi negara yang terjejas akibat pandemik atau mana-mana varian yang bermutasi.



Memetik laporan Saudi Gazette, sekiranya gagal berbuat demikian tindakan tegas akan dikenakan terhadap tiga pihak berkenaan.



Individu yang ingkar akan berdepan denda hingga setengah juta rial. Individu berkenaan serta syarikat penerbangan dan ejen pelancongan akan bertanggungjawab akibat pelanggaran itu.



Jika pelanggaran itu disertai dengan pelakuan jenayah, kes akan dirujuk ke Pendakwa Raya sebelum dibawa ke mahkamah. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >