SEPANG: Seramai 31 bakal jemaah haji Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, sejak petang kelmarin, akibat masalah pengurusan dokumen perjalanan, termasuk tiket penerbangan yang dikendalikan sebuah agensi.
Difahamkan bahawa mereka berkumpul di KLIA sejak 2 petang kelmarin selepas disuruh pihak agensi kerana pesawat dijangka berlepas pada kira-kira 6 petang.