Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih 300 rumah di Ipoh rosak akibat ribut

Feb 01, 2022 | 05:30 AM



IPOH: LEBIH 300 rumah rosak akibat kejadian ribut dan puting beliung yang melanda Ipoh petang kelmarin.



Mereka akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,300 ($421.56) .



Kerajaan Perak telah mengupah kontraktor untuk memulakan kerja pembaikan segera kelmarin.



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.40 petang memaklumkan kejadian ribut kawasan sekitar Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas sebelum anggota bergegas ke lokasi.



Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata sehingga semalam 219 rumah di Taman Desa Seri Chepor, Kampung Tawas, Taman Tasek Damai dan Kampung Seri Klebang Tambahan Jaya didapati terkesan dengan kejadian ribut yang berlaku pada sekitar 6 petang, kelmarin.



"Kerajaan negeri akan memberi wang ihsan sebanyak RM300 di setiap rumah terlebih dahulu dan kontraktor yang cekap juga akan dilantik segera untuk membaiki rumah mereka kerana atap rumah yang diterbangkan angin perlu diganti segera bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk sekiranya hujan," katanya.



Beliau juga berkata kerja-kerja itu perlu diselesaikan secepat mungkin kerana dibimbangi jika hujan, maka air hujan membuatkan kerosakan lebih teruk dalam kawasan rumah jadi sedang selesaikan masalah tersebut, tambahnya.



Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, Encik M. Kulasegaran ketika melawat lokasi kejadian kelmarin berkata semua mangsa terlibat diminta membuat laporan polis bagi memudahkan proses menyalurkan bantuan kewangan dari pejabatnya dan kerajaan negeri.



"Kita anggarkan ratusan rumah yang terlibat di dua kawasan ini, jadi diharapkan mangsa buat laporan polis segera supaya memperoleh bantuan," katanya.



Kejadian ribut itu menyebabkan rata-rata penduduk di Kampung Tawas yang kebanyakannya masyarakat Cina sedih kerana bakal menyambut tahun baru Cina. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >