KOTA BHARU: Satu kejadian "histeria beramai-ramai" didakwa berlaku di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan, dengan lebih 50 pelajar perempuan dan beberapa guru terjejas.
Tinjauan di sekolah itu pada Rabu (13 April) menunjukkan kebanyakan pelajar tidak berada di dalam kelas mereka dan bebas di pekarangan sekolah.
Ada daripada mereka berkata mereka tidak dapat menghadiri kelas sejak rakan sekolah mereka mengalami histeria Isnin lalu.
"Setiap hari macam ini, malah guru wanita pun terjejas akibat histeria dan kami tidak dapat belajar," kata seorang pelajar tingkatan tiga.
Seorang pelajar tingkatan lima berkata dia sedang menimbangkan tidak datang ke sekolah esok.
"Saya fikir lebih baik sekolah ini ditutup sehingga mereka mendapat huraian," ujarnya.
Sesetengah pelajar mendakwa melihat segala macam makhluk di sekolah itu, daripada pontianak hingga pochong.
Guru dan kakitangan lain sekolah itu enggan mengulas mengenai perkara tersebut.
Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Encik Jaafar Ismail, ketika dihubungi, berkata keadaan itu perkara dalaman sekolah. - The Star/Asia News Network