Lebih 6 juta kekanak Amerika Syarikat dijangkiti Covid-19, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Lebih 6 juta kekanak Amerika Syarikat dijangkiti Covid-19

Oct 16, 2021 | 07:45 PM

WASHINGTON: Dianggarkan lebih enam juta kanak-kanak di Amerika Syarikat telah dijangkiti Covid-19.

Agensi berita Xinhua, yang memetik Akademi Pediatrik AS (AAP), melaporkan lebih 6.04 juta kanak-kanak AS dijangkiti koronavirus sejak wabak itu dikesan.

Sejak 23 September hingga 7 Oktober, terdapat peningkatan sebanyak enam peratus dalam jumlah kes Covid-19 di AS.

Lebih 148,000 lagi kanak-kanak dilaporkan dijangkiti virus itu antara 30 September hingga 7 Oktober.

Amerika Syarikat masih menduduki tangga teratas negara yang terjejas paling teruk akibat ancaman Covid-19 dengan 45,738,585 kes jangkitan termasuk 743,880 kematian setakat ini.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Pada peringkat global, pandemik yang bermula akhir 2019 di Wuhan, China, kini telah merebak ke 221 negara dan wilayah, mencatatkan 240,836,978 kes jangkitan dan 4,904,809 kematian. - Agensi

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map