Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Lebih 700 orang awam terbunuh sejak serangan

Mar 19, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Lebih 700 orang awam, termasuk 52 kanak-kanak, telah terbunuh di Ukraine sejak Russia menyerang negara itu tiga minggu lalu, namun "jumlah sebenar mungkin lebih tinggi," kata ketua hal ehwal politik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Cik Rosemary DiCarlo, kepada Majlis Keselamatan.



"Kebanyakan menjadi mangsa disebabkan penggunaan senjata letupan di kawasan ramai penduduk dan menjejas kawasan yang luas.



"Ratusan bangunan kediaman juga telah rosak atau musnah, begitu juga hospital dan sekolah," kata Cik DiCarlo.



Beliau memberitahu majlis 15 anggota itu bahawa agensi hak asasi manusia PBB telah merekodkan 726 kematian, termasuk 52 kanak-kanak, dan 1,174 orang cedera, termasuk 63 kanak-kanak, antara 24 Februari dengan 15 Mac.



Cik DiCarlo tidak menyatakan siapa yang harus dipersalahkan.



"Kesan besar korban awam dan kemusnahan prasarana awam di Ukraine tidak boleh dinafikan. Ini memerlukan penyiasatan menyeluruh dan kebertanggungjawaban," katanya.



Selain itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan 43 serangan terhadap institusi jagaan kesihatan di Ukraine yang telah membunuh 12 orang dan mencederakan puluhan lagi, termasuk pekerja kesihatan, kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, kepada Majlis Keselamatan.



"Dalam sebarang konflik, serangan terhadap jagaan kesihatan adalah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa," kata Dr Tedros kepada Majlis Keselamatan PBB, tanpa menyatakan siapa yang harus dipersalahkan.



Ukraine dan sekutu Baratnya menuduh Moscow menyerang orang awam.



Russia menggelar tindakan ketenteraannya di Ukraine sebagai "operasi khas" dan menafikan menyerang orang awam, dengan mengatakan ia menyasarkan prasarana ketenteraan Ukraine.



Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, berkata beliau percaya Russia bersalah melakukan jenayah perang dengan menyerang orang awam di Ukraine.



Beliau juga berkata Moscow tidak melakukan usaha ikhlas dalam rundingan damai dengan Kyiv, dengan Presiden Joe Biden bersedia mengeluarkan amaran kepada China supaya tidak menghantar senjata ke Russia bagi menyokong pencerobohan Ukraine.



"Sebelumnya, Presiden Biden berkata pada pendapatnya, jenayah perang telah dilakukan di Ukraine."



"Secara peribadi, saya bersetuju," kata Encik Blinken kepada pemberita di Jabatan Negara.



"Menyasarkan orang awam dengan sengaja adalah jenayah perang. Selepas semua kemusnahan beberapa minggu lalu, saya berasa sukar untuk membuat kesimpulan bahawa Russia melakukan sebaliknya," tambahnya.



Ketua diplomat Amerika itu memberi contoh pengeboman teater di Mariupol di selatan Ukraine baru-baru ini di mana ramai orang telah berlindung dan mengeja "kanak-kanak" dalam huruf besar Russia di atas kawasan lapang di luar teater itu sebagai langkah perlindungan.



"Dengan setiap hari berlalu, bilangan orang awam, termasuk kanak-kanak, terbunuh dan cedera, terus meningkat," katanya.



"Russia terus menyerang tapak awam, termasuk minggu ini sahaja, satu hospital, tiga sekolah (dan) satu sekolah asrama buat kanak-kanak cacat penglihatan di wilayah Luhansk di Ukraine."



Walaupun optimistik dari beberapa aspek, Encik Blinken meragui perbincangan damai berterusan antara pegawai Kyiv dengan Moscow dengan perang terus berkecamuk, sambil berkata Russia tidak berunding secara serius.



"Di satu pihak, kami memuji Ukraine kerana berada di meja rundingan walaupun terus menghadapi serangan setiap minit sepanjang hari," kata Encik Blinken.



"Pada masa sama, saya tidak melihat sebarang usaha bermakna oleh Russia untuk menyelesaikan perang ini melalui diplomasi."



Beliau menambah: "Diplomasi memerlukan kedua-dua pihak terlibat dengan niat baik untuk meredakan keadaan. Saya tidak nampak tanda-tanda sekarang bahawa (Presiden Russia Vladimir) Putin bersedia untuk berhenti." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >