Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lebih banyak negeri bertindak halang larangan perjalanan baru Trump

Mar 10, 2017 | 08:48 AM



WASHINGTON: Beberapa negeri berkata pada Khamis (9 Mac) mereka akan meneruskan cabaran undang-undang terhadap arahan eksekutif yang disemak yang dikeluarkan Presiden Donald Trump minggu ini, yang melarang sementara kemasukan pelarian dan beberapa pelancong dari sekumpulan negara majoriti Muslim.



Arahan larangan perjalanan baru itu, yang dijadualkan berkuat kuasa mulai 16 Mac, menggantikan larangan lebih menyeluruh yang dikeluarkan pada 27 Jan, yang menyebabkan huru-hara dan bantahan di lapangan terbang.



Arahan pertama menghadapi lebih 24 tindakan undang-undang, termasuk cabaran oleh kerajaan negeri Washington dan Minnesota.



Sebagai respons kepada saman Washington, Hakim Daerah James Robart di Seattle mengarahkan dasar dihentikan bulan lalu. Keputusan itu dikekalkan oleh mahkamah rayuan di San Francisco.



Peguam Negeri Washington, Encik Robert Ferguson, berkata pada Khamis beliau merancang meminta Encik Robart mengesahkan bahawa keputusan beliau juga diguna pakai terhadap arahan baru Encik Trump, yang akan menghalang ia daripada dilaksana.



Encik Ferguson berkata dalam satu sidang akhbar bahawa pentadbiran Trump yang harus menunjukkan bahawa arahan baru itu tidak tertakluk pada keputusan mahkamah itu.



Peguam Negeri New York, Encik Eric Schneiderman, berkata pada Khamis beliau akan menyertai tuntutan mahkamah Washington terhadap larangan baru itu. Kerajaan negeri Oregon juga berkata ia akan menyertainya.



Rabu lalu, Hawaii mengambil tindakan undang-undangnya sendiri terhadap arahan baru itu. Perbicaraan bagi kes itu ditetapkan Rabu depan (15 Mac), sehari sebelum arahan baru bermula.



Negeri-negeri itu dan penyokong imigresen berhujah larangan baru sama seperti yang pertama, iaitu mendiskriminasikan orang Islam.



Arahan baru itu mengekalkan larangan 90 hari terhadap rakyat Iran, Libya, Syria, Somalia, Sudan dan Yaman daripada memasuki Amerika, walaupun ia kini mengecualikan rakyat Iraq.



Ia masih melarang pelarian memasuki Amerika selama 120 hari, tetapi tidak lagi mengenakan larangan selama-lamanya ke atas pelarian dari Syria. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >