Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Lebih mudah bagi pelawat antara SG-EU buktikan status vaksinasi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Lebih mudah bagi pelawat antara SG-EU buktikan status vaksinasi

Nov 26, 2021 | 05:30 AM

PENGEMBARA yang melakukan perjalanan antara Singapura dengan Kesatuan Eropah (EU) akan mendapati lebih mudah membuktikan status vaksinasi Covid-19 mereka mulai semalam.

Suruhanjaya Eropah (EC) mengumumkan kelmarin bahawa sijil Covid-19 yang dikeluarkan Singapura kini diiktiraf sebagai setara dengan Sijil Covid Digital EU.

Keputusan itu mula berkuat kuasa semalam apabila mereka yang mempunyai sijil Covid- 19 Singapura boleh menggunakannya di bawah syarat sama seperti mereka yang memegang sijil EU.

Sijil digital EU membuktikan bahawa seseorang itu sama ada telah diberi vaksin terhadap Covid-19, menerima keputusan ujian negatif atau pulih daripada penyakit itu.

Ia diberikan kepada warga EU, ahli keluarga mereka dan bukan warga EU yang tinggal di negara anggota EU dan mempunyai hak untuk melancong ke negara anggota lain.

Negara anggota EU boleh memilih, tetapi tidak diwajibkan, untuk mengetepikan sekatan bagi pengembara yang telah menerima vaksin yang tidak diiktiraf di EU.

Di laman webnya, suruhanjaya itu menasihatkan mereka yang diberi vaksin sedemikian untuk menyemak vaksin yang boleh diterima negara EU yang mereka mahu lawati terlebih dahulu.

Kelmarin, suruhanjaya itu juga berkata Singapura telah bersetuju menerima sijil EU bagi pelancong dari benua itu.

Menyifatkan pengumuman itu sebagai berita baik, Kedutaan Denmark di Singapura kelmarin menulis dalam catatan Facebook mereka:

"Jika anda melancong ke Denmark, itu bermakna anda boleh menggunakan sijil Singapura anda untuk membuktikan status vaksinasi anda dan mengelakkan kuarantin.

"Ini juga bermakna anda boleh menggunakan sijil EU anda untuk membuktikan status vaksinasi anda di Singapura."

Pesuruhjaya Keadilan EU, Encik Didier Reynders, berkata Singapura adalah negara Asia Tenggara pertama yang mendapat pengiktirafan sijilnya dengan cara itu.

"Sehingga kini, kita mempunyai 51 negara dan wilayah di lima benua yang kini disambungkan pada sistem Sijil Covid Digital EU.

"... Dengan cuti akhir tahun yang semakin hampir, saya ingin menegaskan kepada pengembara kepentingan alat ini (sijil Covid-19) untuk menyokong keyakinan mengembara di dalam dan di luar EU," katanya. - ST.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3