Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki 70 tahun korban terbaru Covid-19 di Malaysia; ada sejarah sakit jantung, darah tinggi

Mar 23, 2020 | 12:50 PM
-

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat satu lagi kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 11 orang yang terkorban. Mangsa terbaru itu ialah seorang lelaki berusia 70 tahun yang menghembus nafas terakhir malam tadi (22 Mac) di Unit Rawatan Rapi Hospital Canselor Tuanku Muhriz HCTM di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, lapor laman Malaysiakini. Menurut satu surat oleh hospital tersebut, pengarahnya, Dr Hanafiah Harunarashid berkata lelaki itu disahkan meninggal dunia malam tadi (22 Mac) selepas dimasukkan ke hospital itu pada 18 Mac lalu akibat batuk dan demam. "Pesakit yang mempunyai latar belakang penyakit jantung dan darah tinggi ini didapati memerlukan bantuan pernafasan setelah keadaannya bertambah tenat," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg