Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki atasi wanita di M'sia

Jul 23, 2016 | 12:19 PM



KUALA LUMPUR: Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan nisbah penduduk lelaki di negara ini terus meningkat berbanding wanita iaitu 107:100 atau 16.4 juta orang lelaki manakala wanita 15.3 juta orang pada tahun ini berbanding nisbah 106:100 enam tahun lepas.



Pada 2010, statistik yang dikeluarkan oleh jabatan itu menunjukkan bilangan penduduk lelaki 14.56 juta manakala wanita 13.77 juta.



Menurut jabatan tersebut, statistik yang dikeluarkan tahun ini merangkumi jumlah penduduk Malaysia yang dianggarkan 31.7 juta orang.



Jelas kenyataan itu, berlaku peningkatan sebanyak 0.5 juta penduduk berbanding 31.2 juta orang pada tahun lepas.



"Taburan penduduk mengikut kumpulan umur bagi tahun ini tidak menunjukkan perbezaan ketara berbanding 2015.



"Penduduk dalam kumpulan umur kosong hingga 14 tahun berkurang 0.4 peratus pada 2016 (24.5 peratus) berbanding 2015 (24.9 peratus).



"Penduduk dalam kumpulan umur bekerja 15 hingga 64 tahun meningkat 0.2 peratus pada 2016 kepada 69.5 peratus berbanding 2015 dan penduduk berumur 65 tahun dan lebih juga meningkat sebanyak 0.2 peratus kepada 6.0 peratus bagi tempoh yang sama," menurut kenyataan itu hari ini.



Kenyataan tersebut menjelaskan, bagi peratusan penduduk mengikut negeri, Selangor mencatatkan peratusan negeri penduduk tertinggi pada tahun ini iaitu 19.9 peratus diikuti Sabah (12.0 peratus) dan Johor (11.5 peratus).



"Negeri yang mencatatkan peratusan penduduk terkecil pula ialah Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu masing-masing sebanyak 0.3 peratus," jelasnya.



Dalam pada itu, peratusan penduduk bukan warganegara pada tahun ini adalah 10.3 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk Malaysia.



"Etnik bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi bagi kategori penduduk warganegara di Malaysia iaitu sebanyak 68.6 peratus diikuti oleh etnik Cina (23.4 peratus), India (7.0 peratus ) dan lain-lain (1.0 peratus)," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >