Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Dunia0

Lelaki Australia rogol anak perempuan, aturkan 6 lelaki lain buat perkara sama

Jun 23, 2016 | 03:30 PM

SYDNEY: Seorang lelaki Australia yang berulang kali merogol anak perempuannya dan mengaturkan orang tidak dikenali mencabulnya sambil dia menyaksikannya, dipenjara 221/2 tahun pada Khamis (23 Jun).

Bapa itu, yang tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti kanak-kanak tersebut, mengakui bersalah bagi 61 kesalahan yang dilakukan antara 2013 dan 2015, semasa anaknya berusia antara 11 dan 13 tahun.

Mahkamah Daerah Australia Barat di Perth diberitahu bahawa lelaki berusia 42 tahun itu juga mengaturkan agar enam lelaki lain, yang dia temui dalam talian, mengadakan hubungan seks dengan anaknya sedang dia melihat atau mengambil bahagian.

Pada satu ketika semasa dia dan lelaki lain merakam perbuatan mereka, budak itu ditunjukkan dikekang pada katil dan memakai kolar anjing dengan perkataan 'jalang', lapor akhbar Australia Barat.

Dalam rakaman itu, mangsa boleh dilihat meronta dan merayu "berhentilah, tolong ayah", lapor akhbar itu.

Berita Popular

Sindikit pedofilia (hubungan seks dengan kanak-kanak) itu dihancurkan tahun lalu apabila detektif menahan lelaki berusia antara 35 dan 47 tahun itu, selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

Budak itu tinggal bersama bapanya selepas ibu bapanya berpisah.

Antara lelaki lain yang terlibat ialah seorang paderi gereja, David Volmer, yang dihukum penjara 10 tahun November lalu.

Mahkamah yang membicarakan Volver diberitahu dia mengadakan hubungan seks dengan budak itu selepas respons pada iklan dalam talian bapa itu yang menawarkan urutan seksual.

Dua lelaki lain juga telah dihukum penjara, manakala tiga masih dibicarakan. - AFP

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map