MERSING: Seorang pekerja Syarikat Air Johor cawangan Mersing cedera parah manakala anak lelakinya maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain dalam nahas jalan raya di Kilometer 16 Jalan Jemaluang di sini, lapor akhbar Utusan Malaysia semalam.
Kejadian pada 10.20 pagi kelmarin itu menyebabkan mangsa, Encik Ahmad Nizam Nordin, 46 tahun, patah tulang bahu serta rusuk kiri sementara anaknya, Ahmad Ibrahim, yang berusia lapan tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan kepala.