Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SUSULAN PENYEBARAN VIDEO SEKS SEJENIS

Lelaki dalam video seks dakwa Azmin gesa beliau bohong

Satu lagi klip video lucah itu telah disebar malam kelmarin oleh dalang tidak dikenali
Jun 14, 2019 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Sehari selepas menyalakan api dengan satu pengakuan video di Facebook, pegawai kerajaan Malaysia, Encik Muhammad Haziq Abdul Aziz muncul lagi dengan tuduhan lebih meletup mengenai Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali - kali ini menuduh menteri itu cuba memujuknya supaya berbohong mengenai hal itu, yang menurutnya bermula tiga tahun lalu.



Dalam satu pos Facebook, Encik Haziq berkata selepas video yang dikatakan menunjukkan beliau melakukan hubungan seks dengan menteri itu mula tersebar di media sosial Selasa lalu, beliau diminta oleh setiausaha politik Datuk Azmin supaya berbohong mengenai perkara tersebut.



"Saya takut dan satu-satunya kelegaan yang saya dapat daripada anda (Datuk Azmin) ialah apabila anda menghantar Hilman untuk berjumpa saya di Zest Restaurant di Marriott Putrajaya pada hari malang itu. Saya menunggu selama sejam dan berasa seolah-olah diri saya hanya difikirkan kemudian," tulisnya di Facebook semalam.



"Dia memaksa saya menafikan bahawa anda berada dalam video yang tular itu dan meminta saya berbohong untuk anda. Saya meminta lebih banyak masa untuk berbincang dengan ibu bapa saya dan ini membuat dia marah. Selepas saya menolak, dia membuat ancaman dan berkata 'ini' akan ditutup dalam masa 48 jam baik dengan mahupan tanpa bantuan saya untuk berbohong.



"Ia menyedihkan saya bahawa Azmin Ali, lelaki yang saya sangat hormat memilih menutup perkara pada pihaknya daripada mengaku kesilapannya. Saya tahu anda seorang lelaki yang sakit kerana hanya anda boleh merakam video itu untuk koleksi peribadi selepas mengundang saya ke bilik hotel anda setiap kali," katanya.



Dalang tidak dikenali klip video itu menyebarkan satu lagi klip video kelmarin malam.



Ia menunjukkan pemandangan bilik tidur sama dengan di klip sebelumnya dan disebar menggunakan kaedah sama, melalui WhatsApp.



Encik Haziq, setiausaha sulit utama kepada Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Akin, berkata hanya Datuk Azmin boleh merakam video mengenai pertemuan seksual mereka.



Datuk Azmin, yang juga timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), kelmarin menafikan beliau salah seorang lelaki dalam video itu, sambil menyifatkannya sebagai percubaan memusnahkan kerjaya politiknya.



Setiausaha politik beliau, Encik Hilman Idham, semalam membuat laporan polis berhubung penyebaran video lucah itu.



Beliau juga membuat satu laporan qazaf iaitu perbuatan melemparkan tuduhan zina, di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi menggesa siasatan dilakukan.



"Kami akan memberi kerjasama sewajarnya kepada polis dan Jawi atas segala siasatan yang dilakukan.



"Insya-Allah saya yakin dan tegaskan pendirian saya bahawa keyakinan kami, ia tuduhan palsu dan fitnah jahat yang dibuat untuk menjejaskan reputasi dan keperibadian Mohamed Azmin.



"Saya tegaskan lagi bahawa fitnah ini adalah satu konspirasi jahat untuk menyekat kemaraan Mohamed Azmin dalam politik," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan qazaf.



Ditanya mengenai dakwaan Encik Haziq bahawa beliau menemuinya di sebuah restoran di Marriot Putrajaya pada hari video itu disebarkan dua hari lalu, Encik Hilman mengesahkan pertemuan tersebut tetapi enggan mengulas butirannya.



"Saya sudah beri keterangan kepada polis dan Jawi, biar pihak berkenaan menjalankan siasatan lanjut," ujar timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat itu.



Dalam pos Facebooknya semalam, Encik Haziq, yang juga ahli PKR, mendakwa pertemuan seksual itu kali pertama berlaku tiga tahun lalu di hotel Grand Continental Kuching, kemudian di hotel Pullman Kuching semasa pemilihan parti di Sarawak Oktober lalu.



"Kami melakukannya lagi di Grand Hyatt KL semasa anda bertugas sebagai Menteri Pengiring kepada Sultan Brunei pada Mac tahun ini dan pertemuan baru-baru ini di Fourpoint Sandakan bulan lepas.



"Saya bimbang lebih banyak video akan dibocorkan dan sebagai menteri anda ada kemewahan untuk menafikannya tetapi masa depan saya sudah habis. Anda juga mempunyai Perdana Menteri yang memberi sokongan sepenuhnya sebelum sebarang siasatan rasmi dilakukan," ujarnya.



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin berkata beliau yakin Datuk Azmin bukan individu dalam video itu, sambil berkata penyebarannya jelas bermotifkan politik dengan tujuan menjatuhkan menteri itu.



Polis mengatakan mereka sedang menyiasat kes itu. - ST, The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >