Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki dari Strasbourg penyerang ketiga Bataclan

Dec 09, 2015 | 04:58 PM



PARIS: Seorang lelaki berusia 23 tahun daripada Strasbourg di timur Perancis dikenal pasti sebagai pengebom ketiga yang terlibat dalam serangan di dewan muzik Bataclan di Paris, menurut sumber polis hari ini (9 Disember).


Foued Mohamed Aggad telah mengunjungi Syria bersama abangnya dan sekumpulan rakan-rakan pada hujung 2013, menurut sumber yang rapat dengan siasatan.


Kebanyakannya telah ditangkap pada musim bunga tahun lalu apabila mereka kembali ke Perancis, namun Aggad terus kekal berada di Syria, kata sumber itu.


Dia dikenal pasti minggu lalu setelah DNA-nya didapati sama dengan anggota keluarganya, kata sumber polis.


Serangan tembakan yang berlaku di dewan muzik Bataclan merupakan sebahagian daripada serangan berangkai yang membunuh 130 orang di Paris.


Seramai di Bataclan sahaja mengorbankan 90 orang.


Kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) telah mendakwa mendalangi serangan itu.


Lagi dua penyerang di Bataclan, antara tujuh yang mati dalam serangan itu, telah dikenal pasti sebagai Samy Amimour, 28 tahun, daripada Drancy di bahagian timur laut Paris, dan Ismail Omar Mostefai, 29 tahun, daripada Chartres di bahagian barat daya Paris. - AFP, REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >