Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki di Kedah ditangkap lepas mayat anak temanita ditemui dalam bekas

Nov 24, 2016 | 01:49 PM



SUNGAI PETANI (Kedah): Polis menangkap seorang lelaki berusia 34 tahun selepas mayat anak lelaki berusia dua tahun temanitanya ditemui disimpan dalam sebuah bekas di flatnya di Paya Nahu.



Menurut sumber, polis menerima panggilan pada kira-kira 1.25 petang pada Khamis (24 Nov), memaklumkan mengenai pergaduhan dalam flat itu.



Apabila polis tiba, wanita berusia 26 tahun itu memberitahu mereka lelaki itu memukul anak perempuannya yang berusia empat tahun dan membunuh anak lelakinya.



Polis kemudian menemui mayat kanak-kanak itu dibungkus dan disimpan di dalam sebuah bekas.



Lelaki dan wanita itu ditangkap bagi membantu siasatan di bawah Kanun Keseksaan bagi membunuh dan menyebabkan kecederaan parah.



Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu meninggal dunia pada 9 Nov.



Kanak-kanak perempuan itu dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >