Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki dihadapkan ke mahkamah ekoran 'tweet' dakwa Nora Quoirin dirogol

Aug 20, 2019 | 07:44 PM



KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Selasa (20 Ogos) kerana mendakwa bahawa remaja Ireland, Nora Anne Quoirin dirogol oleh Orang Asli melalui Twitter, menurut laporan The Star.



Muhammad Zikri Ibrahim, 29, dituduh melakukan penghinaan secara sengaja dengan tujuan untuk mencetuskan perdamaian melalui akaun Twitternya "Zikri Armstrong" jam 8.30 malam pada 14 Ogos.



Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan menghadapi hukuman penjara selama dua tahun, denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Namun, pengurus telemarketing itu mengaku dia tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.



Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim menawarkan ikat jamin bernilai RM10,000 ($3,300) lalu diminta untuk mengurangkan jumlah tersebut oleh Peguam Muhammad Syazwan Mohd Salleh, yang mewakili tertuduh kerana kliennya akan berkahwin pada bulan Disember.



"Ayahnya ada di sini dan sudah bersedia untuk menjadi penjaminnya," kata Muhammad Syazwan.



Majistret Noorasyikin Sahat akhirnya menetapkan ikat jamin bernilai RM6,000.



Kes ini akan ditetapkan untuk sebutan pada 19 September.



Nora Anne, remaja keperluan khas, hilang pada 4 Ogos, sehari selepas keluarganya telah daftar masuk sebuah resort di Seremban bersama keluarganya untuk percutian selama dua minggu.



Pencarian secara besar-besaran dilakukan setelah kehilangannya dan jenazahnya ditemui 10 hari kemudian.



Hasil pemeriksaan autopsi menunjukkan bahawa dia meninggal dunia akibat kelaparan dan polis mengatakan tidak ada perbuatan khianat yang terlibat dalam kematiannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >