Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki dipenjara empat bulan siarkan kartun Najib

Nov 18, 2017 | 03:48 PM



PETALING JAYA - Seorang pekerja kilang yang menyiarkan kartun mengenai Perdana Menteri Najib Razak telah dipenjara empat bulan oleh mahkamah majistret di sini.



Hukuman ke atas Mohamad Hamizan Ghazali bermula dari tarikh penangkapannya pada 12 November  2017.



Dia mengaku bersalah memuat naik ke akaun Facebooknya komik dengan kapsyen lucah, yang dianggap menghina Datuk Seri Najib.



Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Paya Rumput Perdana di Melaka, antara 20 Oktober dan 22 Oktober.



Menurut fakta kes itu, seorang pengadu memaklumkannya kepada polis.



Mohamad Hamizan, yang tidak diwakili peguam, mengaku bersalah.



Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin menggesa mahkamah mengenakan hukuman yang menjadi teladan supaya tertuduh tidak mengulangi kesilapannya.



Beliau berkata perbuatan menghina melalui media sosial menjadi trend, lantas mesej kuat perlu dihantar kepada mereka yang melanggar undang-undang.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >