Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki ditembak mati semasa serang balai polis Paris

Jan 08, 2016 | 10:01 AM



PARIS: Polis Perancis menembak mati seorang lelaki bersenjata pisau sedang dia menyerang sebuah balai polis di Paris, sehari sebelum genap setahun peristiwa serangan yang mengorbankan 12 orang di pejabat majalah Charlie Hebdo.


Lelaki itu dilaporkan menjerit 'Allahu Akbar' dan memakai apa yang kelihatan seperti sebuah jaket bahan letupan tetapi kemudiannya didapati palsu, ujar polis dan sumber-sumber pemerintah.


Dia juga membawa lambang kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).


Berita serangan itu datang sejurus selepas Presiden Francois Hollande menamatkan ucapan suram di ibu pejabat polis bagi menandakan ulang tahun pembunuhan di pejabat Charlie Hebdo di Paris pada 7 Jan tahun lepas.


Pakar bahan letupan dikerah ke tempat kejadian di daerah pelbagai etnik Goutte d'Or, berhampiran stesen kereta api Gare du Nord.


Lelaki itu didapati memakai kantung dengan wayar tergantung, tetapi peranti tersebut "tidak mengandungi bahan letupan", kata sumber rapat dengan siasatan.


Dengan Perancis masih bersedih selepas pembunuhan beramai-ramai 130 orang oleh pelampau di Paris November lalu, Encik Hollande menggunakan ucapannya untuk menyeru kerjasama lebih erat antara perkhidmatan keselamatan.


Ramai pelampau yang terlibat dalam serangan Januari dan November tahun lalu diketahui perkhidmatan keselamatan Perancis, kerana mereka sama ada telah ke luar negara untuk berperang bersama golongan ekstremis atau dihalang daripada berbuat demikian.


Encik Hollande berkata sejak serangan ke atas Charlie Hebdo, hampir 200 orang di Perancis telah diletak di bawah sekatan perjalanan untuk menghalang mereka daripada menyertai ISIS.


Beliau berkata tiga pegawai polis terbunuh dalam serangan Januari tahun lalu "mati supaya kita boleh hidup dalam kebebasan".


Akhbar itu menjadi perhatian pelampau sejak ia pertama kali terbitkan kartun Nabi Muhammad pada 2006. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >