Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki Hong Kong dijel 21 tahun kerana rogol anak kecilnya lebih 100 kali

May 05, 2016 | 12:39 PM



SEORANG lelaki Hong Kong disifatkan sebagai "sampah dunia" dan jenayah yang dilakukan "tidak berhati perut dan hina", selepas butiran serangan seksualnya terhadap anak perempuan kecilnya didedahkan di Mahkamah Tinggi Hong Kong.

Penganggur berusia 62 tahun itu, yang namanya tidak didedahkan untuk melindungi identiti mangsa, dijatuhi hukuman penjara 21 tahun pada Rabu (4 Mei).

Dia didapati bersalah terhadap semua 10 tuduhan - enam pertuduhan rogol dan empat pertuduhan membuat pornografi kanak-kanak - walaupun dia mengaku tidak bersalah, lapor akhbar South China Morning Post.

Hakim Mahkamah Tinggi Maggie Poon Man-kay, mengutuk lelaki itu dan berkata beliau mengambil kira betapa seriusnya jenayah yang dilakukannya.

"Budak perempuan itu berkata dia 'dirogol' lebih 100 kali," katanya.

Serangan seksual pertama berlaku pada 2011, ketika mangsa berusia lima tahun, dan berterusan hingga 2014.

"Dia menggunakan bendanya untuk menembusi tempat saya buang air," kata mangsa dalam satu rakaman wawancara video yang ditunjukkan di mahkamah.

Dua juga dirakam memberitahu seorang wanita polis bahawa terdapat lebih 100 insiden tersebut.

Bapanya menyakitinya setiap hari sambil menonton berita petang selama satu jam, ujar mangsa.

Dia tidak diberi makan jika menolak bapanya.

Hakim Poon berkata: "Kejadian itu menjangkau tiga tahun dan berlaku berulang kali Dia mengambil gambar apabila dia menyerang anaknya secara seksual, dan dia tidak mengamalkan seks selamat."

Menurut laporan psikologi mangsa, dia kini mengalami harga diri rendah, membenci bapanya, dan memanggil bapanya hanya "orang jahat".

Mangsa kini tinggal bersama ibunya.

Serangan seksual itu bermula apabila mangsa terpaksa tinggal bersama bapanya kerana ibunya, yang berasal dari tanah besar China, tidak mendapat visa Hong Kong kerana pernah dipenjara atas kesalahan jenayah.

Peguam bapa mangsa berkata dia sedang menimbangkan untuk merayu sabitannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >