Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki Kristian tawar kurma, air kepada Muslim di Gaza

Apr 14, 2023 | 03:40 PM



GAZA: Sejam sebelum matahari terbenam semasa Ramadan, jalan raya Gaza sering menjadi sesak dengan kereta apabila orang ramai tergesa-gesa pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga.


Pemandu membunyikan hon kenderaan atau cuba mengelakkan kesesakan dan seringkali berlaku lebih banyak kemalangan daripada biasa.


Bagi mereka yang tidak bernasib baik dan terlepas berbuka puasa di rumah kerana terperangkap dalam kesesakan, kehadiran Encik Ehab Ayyad adalah dialu-alukan.


Lelaki Kristian dari Gaza itu menawarkan kurma dan air – selaras dengan tradisi Nabi saw – kepada Muslim yang terperangkap dalam lalu lintas atau pulang lewat untuk berbuka puasa.


Lima tahun lalu, Encik Ayyad mula menawarkan jiran-jirannya kurma dan air, perkara pertama yang biasa dimakan Muslim apabila mereka menamatkan puasa mereka pada waktu matahari terbenam dan kini beliau memutuskan untuk membuat tawaran yang lebih umum.


“Sebagai seorang Kristian, saya tawarkan kepada saudara Islam saya kurma dan air sebagai satu perkongsian kerana kami tinggal di tanah air yang sama dan kami mempunyai darah yang sama,” kata Encik Ayyad, 23 tahun, kepada Reuters.


“Mula-mula mereka tertanya-tanya kenapa seorang Kristian melakukan itu, tetapi semakin hari, mereka gembira melihat saya setiap tahun,” katanya.


“Reaksi adalah positif dan saya gembira dan bangga.”


Gaza – sebuah wilayah pantai dikenakan perintah sekatan oleh Israel sejak 2007 dan ditadbir kumpulan Islam Hamas – hanya mempunyai sekitar 1,000 orang Kristian, kebanyakannya Ortodoks Yunani, dalam kalangan penduduk wilayah itu seramai 2.3 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >