Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki lepaskan tembakan sempena perarakan 4 Julai di Chicago: 6 terbunuh, lebih 36 lain cedera

Jul 06, 2022 | 05:30 AM



HIGHLAND PARK (Chicago): Seramai enam orang terbunuh dan lebih 36 cedera apabila seorang lelaki dengan senapang berkuasa tinggi melepaskan tembakan dari atas bumbung semasa satu perarakan 4 Julai di pinggir bandar Chicago, Amerika Syarikat.



Tembakan di daerah Highland Park itu menyebabkan kanak-kanak kecil meninggalkan basikal mereka dan ibu bapa berlari menyelamatkan diri bersama anak mereka - mengubah suasana penuh patriotisme kepada adegan kacau-bilau dan panik.



"Bunyinya seperti bunga api meletup," kata seorang doktor pesara, Encik Richard Kaufman, yang berdiri di seberang jalan dari tempat seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan, sambil menambah beliau mendengar kira-kira 200 das tembakan.



"Suasana jadi amat huru-hara. Orang berlari tidak tentu arah. Orang ramai membaringkan diri untuk berlindung," katanya.



"Sebilangan orang berlumuran darah."



Ramai yang cedera dikejar ke hospital di Highland Park dan berusia antara lapan hingga 85 tahun, kata Dr Brigham Temple, seorang doktor bilik kecemasan.



Seorang lelaki yang dikaitkan dengan tembakan itu telah diberkas polis.



Cik Nancy Rotering - Mayor Highland Park, kawasan pinggir bandar mewah di utara Chicago di negeri Midwestern Illinois - mengutuk kejadian ganas sempena perayaan cuti itu.



"Pada hari kita berkumpul untuk meraikan masyarakat dan kebebasan, kita sebaliknya berkabung atas kehilangan nyawa yang tragik dan bergelut dengan keganasan yang berlaku ke atas kami," katanya.



Pelbagai agensi keselamatan termasuk Biro Siasatan Federal (FBI), polis negeri dan pejabat sherif tempatan, memberi respons kepada kejadian itu.



Wakil rakyat Encik Brad Schneider, yang berada di perarakan itu, menulis di Twitter bahawa "seorang penembak menyerang di Highland Park semasa perarakan Hari Kemerdekaan".



"Terdengar berlakunya kehilangan nyawa dan ramai yang cedera. Takziah kepada keluarga dan orang tersayang; doa saya kepada yang cedera dan kepada masyarakat saya," tulisnya sambil menambah: "Cukup, cukuplah!"



Kejadian tembakan itu adalah yang terbaru daripada gelombang keganasan senjata api yang melanda Amerika, dengan kira-kira 40,000 kematian berlaku setahun disebabkan oleh senjata api, menurut laman web Arkib Keganasan Senjata. - Reuters, AFP.




Laporan lanjut: Suspek tembakan Chicago ditahan, asal dari tempat sama




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >