Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki mati dipercayai dek diserang buaya di Sabah

Oct 07, 2016 | 11:43 AM



KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 28 tahun maut di Sabahm dipercayai dek diserang buaya ketika menangkap ikan sekitar tengah malam pada Khamis (6 Oktober).



Encik Herry Long dilaporkan hilang pada kira-kira 1 pagi selepas kawan-kawan tidak dapat mencari beliau apabila mereka bersedia untuk pulang ke rumah.



Mereka sedang memancing di sungai Kampung Langkon dalam daerah Kota Marudu ketika itu.



Panggilan kecemasan itu dibuat, dan operasi mencari dan menyelamat dilancar.



Operasi itu, bagaimanapun, dihentikan pada kira-kira 2.30 pagi atas sebab-sebab keselamatan.



Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Khatizah Rahaban, berkata dalam satu kenyataan bahawa Encik Herry ditemui penduduk kampung semasa penyelamat mencari di kawasan itu pada kira-kira 9.15 pagi.



"Mayatnya ditemui terapung sekitar satu kilometer tempat beliau dilihat kali terakhir," katanya.



Penduduk kampung berkata mereka memancing lewat malam kerana boleh menangkap lebih banyak ikan berbanding pada siang hari. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >