Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki mengamuk tembak mati 26 di gereja Texas

Suspek kulit putih baru dipecat dari angkatan udara, ditemui mati dalam kereta
Nov 07, 2017 | 05:30 AM



WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh apabila seorang lelaki mengamuk dengan melepaskan tembakan dalam sebuah gereja Baptist di Texas semalam.



Gabenor Texas, Encik Greg Abbott, berkata angka kematian itu dijangka meningkat.



"Kami berhadapan dengan kejadian tembakan rambang yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat. Banyak keluarga kehilangan ahli keluarga, bapa, emak dan anak.



"Lebih malang lagi tragedi ini berlaku dalam gereja, tempat beribadat, di mana mangsa yang tidak bersalah ditembak," katanya.



Suspek serangan gereja telah dikenal pasti sebagai Devin Patrick Kelly, 26 tahun, lapor media tempatan dan pengesahan itu dibuat seorang pegawai penguat kuasa undang-undang Amerika Syarikat.



Suspek dipercayai baru saja dipecat daripada Tentera Udara Amerika.



Seorang pegawai penguat kuasa undang-undang berkata suspek bersenjata raifal dan memakai jaket balistik.



"Kami percaya dia seorang pemuda kulit putih, mungkin berusia awal 20-an tahun, berpakaian serba hitam ala taktikal dan jaket balistik," kata pengarah daerah Jabatan Keselamatan Awam Texas, Encik Freeman Martin.



Penembak yang ditemui mati itu bersenjatakan raifal jenis Ruger AR, katanya.



Encik Martin berkata suspek melepaskan tembakan di luar gereja itu sebelum memasuki bangunan dan terus menembak.



"Apabila dia keluar dari gereja, seorang penduduk tempatan cuba merampas raifal jenis Ruger AR yang digunakan suspek dan bergelut dengannya.



"Suspek melepaskan senjatanya dan cuba melarikan diri sebelum dikejar penduduk itu," kata Encik Martin.



Suspek kemudiannya ditemui mati dalam keretanya yang terbabas.



Namun, belum dipastikan adakah suspek membunuh diri atau ditembak oleh penduduk yang mengejarnya, katanya.



Mangsa-mangsa kejadian itu dikatakan berusia dalam lingkungan lima hingga 72 tahun.



Menurut The Dallas Morning News, seorang kanak-kanak berusia dua tahun adalah antara yang cedera.



Antara yang terbunuh ialah anak perempuan paderi Frank Pomeroy yang baru berusia 14 tahun, menurut paderi itu kepada ABC News.



Mangsa yang lain termasuk kanak-kanak lelaki bernama Rylan berusia enam tahun yang sedang menjalani pembedahan selepas ditembak empat kali, demikian pak ciknya memberitahu CBS News.



Seorang jurucakap daripada Pusat Perubatan Connally Memorial, di Floreville, berkata bahawa pihak hospital menerima lapan mangsa yang mengalami kecederaan. Empat dibawa ke San Antonio.



Serangan rambang itu berlaku hanya sebulan selepas seorang lelaki bersenjata di Las Vegas menembak para pengunjung konsert dan membunuh 58 orang dan mencederakan beratus-ratus yang lain.



Ia merupakan serangan paling dahsyat dalam sejarah moden Amerika. - AFP.



Laporan lanjut: Trump: Kejam, hancurkan hati




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >