Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki New York dituduh bunuh imam dan penolongnya

Aug 16, 2016 | 03:08 PM



NEW YORK: Seorang lelaki New York, Oscar Morel Brooklyn, dikenakan pada Isnin (15 Ogos) dua pertuduhan bunuh tanpa rancangan berkaitan penembakan seorang imam dan pembantunya, jurucakap polis berkata.



Morel, 35 tahun, seorang Hispanik, dikenakan juga dua tuduhan memiliki jenayah senjata, ujarnya.



Imam Maulama Akonjee, 55 tahun, yang berhijrah ke Amerika Syarikat dari Bangladesh, dan penolongnya, Encik Thara Uddin, 64 tahun, ditembak mati pada Sabtu (13 Ogos) petang di kejiranan Ozon Park.



"Berdasarkan bukti yang kami perolehi setakat ini, kami percaya inilah orangnya," kata Ketua Detectif Robert Boyce dalam satu sidang media.



Polis berkata jenayah kebencian sedang disiasat sebagai kemungkinan motif jenayah itu, tetapi motifnya masih tidak jelas.



Suspek itu telah dituduh berkaitan kes langgar lari yang berlaku 4.8km dari tempat pembunuhan dan serangan ke atas seorang pegawai polis, kata Encik Boyce.



Dia berada dalam kawasan itu lapan minit sebelum pembunuhan tersebut dan meninggalkannya sejurus selepas itu, ujar beliau.



Menurut polis, suspek datang dari East New York, sebuah kawasan bermasalah di Brooklyn, dan dipercayai bekerja di sebuah gudang.



Mayor New York, Encik Bill de Blasio, yang menziarahi keluar mangsa bersama beberapa pegawai lain, berjanji polis tambahan akan melindungi masjid dan masyarakat Islam, dan berkata seluruh bandar itu menyertai mereka yang dalam kesedihan kerana kematian mangsa.



"Kami akan memastikan siapa yang melakukan ini akan dibawa ke muka pengadilan, saya memberi anda jaminan ini," kata Encik de Blasio.



"Kami tahu ada suara-suara di seluruh negara ini yang menyeru kebencian, cuba memecahbelahkan, cuba melaga-lagakan rakyat Amerika," katanya.



"Kami tidak akan membiarkan mereka terus menggalak perbuatan kebencian."



Imam Akonjee membawa lebih AS$1,000 ($1,346), tetapi penyerang itu tidak mengambil wang tersebut, kata polis. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >