TOKYO: Dua anggota kumpulan gadis Jepun, AKB48, kini dirawat di hospital selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan gergaji semasa sesi bertemu peminat kelmarin.
Rina Kawaei, 19 tahun, dan Anna Iriyama, 18 tahun, patah tulang di tangan kanan dan cedera di lengan dan kepala disebabkan serangan menggunakan gergaji sepanjang 50 sentimeter di Iwate, utara Jepun.