Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki Singapura gagal dapatkan perlindungan pelarian di Australia

Sep 05, 2016 | 09:15 AM



SEORANG warga Singapura gagal dalam permohonannya bagi perlindungan pelarian di Australia, dengan sebuah tribunal Australia menyatakan berhutang dan diancam tailong bukan alasan bagi mendapatkan perlindungan seperti itu.

Ia juga menyebut mengenai sistem undang-undang dan ketenteraman kukuh di Singapura, dan berkata tidak ada sebab pemohon itu tidak boleh mendapatkan huraian bagi masalahnya di Singapura.

Berdasarkan keterangan di depannya, tribunal itu menganggap pemohon boleh mendapatkan perlindungan "berkesan" dan "berpanjangan" di Singapura, sambil menarik perhatian mengenai undang-undang jenayah sesuai, pasukan polis berkesan dan sistem kehakiman tidak berat sebelah Singapura.

"Oleh itu, tribunal ini berpendapat pemohon tidak menghadapi keadaan berbahaya sebenar atas sebab ini, apabila pulang ke Singapura," tulis seorang ahli tribunal, Encik Stuart Webb, dalam alasan penghakiman yang disiarkan bulan lalu.

Australia menandatangani Konvensyen Status Pelarian antarabangsa 1951, yang mewajibkan negara anggota memberi perlindungan kepada orang yang diiktiraf sebagai pelarian berikutan kebimbangan berasas berdasarkan pelbagai sebab.

Warga Singapura itu, yang butiran dirinya disunting daripada alasan penghakiman tersebut, merayu kepada Tribunal Rayuan Pentadbiran di Melbourne pada Jun selepas permohonannya untuk mendapatkan visa perlindungan ditolak oleh wakil Menteri Imigresen Australia.

"Hidup saya berada dalam bahaya jika saya pulang ke Singapura. Apa yang saya harapkan ialah peluang memulakan kehidupan baru dan menjaga diri saya agar selamat," katanya kepada tribunal itu.

Beliau telah menamatkan Perkhidmatan Negara (NS), bekerja baik di Singapura tetapi mendakwa terikat membayar pelanggan yang mengalami kerugian semasa krisis kewangan 2009.

Beliau pernah bekerja sebagai eksekutif jualan berdasarkan komisen, dengan mendapat 40 peratus daripada pulangan. Di bawah kontrak dengan syarikatnya, beliau bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian.

Pemohon itu mula berhutang selepas menggunakan semua simpanannya. Menurutnya, hutangnya tidak pernah berkurangan sejak empat tahun lalu kerana kadar faedah tinggi.

Beliau berkata selepas beliau melarikan diri dari Singapura ke Australia pada 2013, ibunya di Singapura memberitahunya "mereka datang cari saya dan mengugut akan membunuh saya jika mereka menemui saya".

Butir-butir mengenai jumlah wang terlibat disunting daripada alasan penghakiman. Beliau meminjam daripada dua peminjam wang berlesen dan seorang tailong.

Tribunal itu berkata beliau meninggalkan Singapura dengan cara "sangat teratur" selepas menguruskan urusannya pada Mei 2013, telah meletak jawatan daripada syarikat itu sebulan lebih awal. Ia juga memerhatikan bahawa ibu bapanya ditanya di mana beliau berada pada 2013 tetapi tidak didatangi sepanjang tiga tahun sejak itu dan beliau tidak pernah mendedahkan sembarang sebarang ancaman selanjutnya terhadap beliau.

Ttribunal tersebut membincangkan maklumat mengenai polis Singapura dan pihak berkuasa secara umum, dengan memetik pelbagai sumber, termasuk laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Warga Singapura itu akur dengan rumusan tribunal tersebut bahawa polis Singapura mempunyai reputasi baik dan "Singapura terkenal dengan keselamatannya".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >