SEORANG lelaki warga Singapura berusia 39 tahun ditangkap Sabtu lalu (29 Jun) di sempadan Vietnam dan Kemboja kerana disyaki menyeludup 10 kilogram dadah Ice.
Cher Wei Han dan warga Vietnam, Duong Hung Tam, 36 tahun, ditahan oleh pasukan pertahanan sempadan Vietnam di wilayah selatan Tay Ninh, lapor Agensi Berita Vietnam.
Menurut media tempatan, Cher dan Duong sedang menaiki kereta Toyota Corolla Altis apabila mereka disuruh berhenti oleh pegawai sempadan.
Dadah yang dianggarkan berjumlah US$3,450 ($4,670) didapati setelah kereta mereka diperiksa, lapor The Straits Times.
Di bawah undang-undang Vietnam, mereka yang didapati bersalah menyeludup lebih 600 gram heroin atau lebih 2.5 kilogram methamphetamine boleh dikenakan hukuman mati.