Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lelaki tembak mati dua orang dalam bas awam di AS

Mar 19, 2022 | 05:30 AM



MIAMI (Amerika Syarikat): Seorang lelaki bersenjata menembak mati dua orang dan mencederakan dua orang lain di dalam sebuah bas awam di Fort Lauderdale, Florida kelmarin.



Kejadian itu berlaku berhampiran ibu pejabat polis bandar tersebut, kata pihak berkuasa.



Pemandu bas itu dipuji kerana cepat berfikir dan memandu terus ke ibu pejabat polis, serta terpaksa merempuh kerana sebuah kereta menghalang jalan dan memandu di lorong bertentangan.



Tidak lama selepas bas itu berhenti di tempat letak kereta, seorang suspek menyerah diri sedang paramedik membantu mangsa.



Dua mangsa cedera dibawa ke hospital, dengan seorang berada dalam keadaan kritikal dan seorang lagi dalam keadaan mantap, kata jurucakap Pusat Perubatan Kesihatan Broward di Fort Lauderdale.



Masih belum jelas apa punca serangan itu.



Selepas kejadian tembakan itu bermula, pemandu bas tersebut segera membelok dan kemudian "melanggar" kenderaan yang menghalang laluannya untuk sampai di ibu pejabat polis, ujar Encik Luis Alvarez, pemangku ketua sementara Jabatan Polis Fort Lauderdale dalam satu taklimat.



"Tindakannya untuk sampai di balai polis, dan sambil berfikiran waras dan pantas, telah menyelamatkan banyak nyawa," kata Encik Alvarez, sambil menambah bahawa pemandu itu patut diberi pujian.



Sejurus bas itu tiba di bangunan balai polis, seorang pegawai yang berada di luar terdengar bunyi tembakan dari bas tersebut, sebelum lelaki bersenjata itu keluar dan menyerah diri, kata Encik Alvarez.



Selain itu, tiga orang cedera ringan akibat bas itu merempuh sebuah kenderaan sedang ia meluru ke arah ibu pejabat polis.



Mereka dirawat di tempat kejadian, kata polis. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >