DAGUPAN CITY: Seorang petani membunuh isterinya dan lelaki yang disyak menjadi kekasihnya, sebelum membunuh dirinya di pekan Mangatarem di wilayah Pangasinan, Filipina, Jumaat lalu (27 Ok), menurut polis.
Cik Margie Doque dan kekasihnya, Encik Eduardo Sacopia, ditangkap di atas katil oleh suaminya, Roberto Doque, di tingkat dua rumah ibu mentuanya di kampung Casilagan pada 7.58 malam, kata polis.
Penyiasat PO1 Jessie Macaraeg berkata Roberto marah lalu menetak isterinya dan Encik Sacopia dengan bolo (alat pemotong besar mirip parang).
Roberto kemudian pulang ke rumah dan meminum sebotol racun serangga. Dia dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia semasa menjalani rawatan.
Encik Sacopia sudah maut apabila penyiasat tiba di tempat kejadian.
Cik Doque dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia akibat kecederaannya.
Penyiasat itu berkata pasangan tersebut mempunyai dua anak dewasa. Seorang daripada mereka sedang menonton pertandingan bola keranjang semasa serangan itu, sementara yang seorang lagi bekerja di Manila. – Philippine Daily Inquierer/Asia News Network)