Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Lelaki yang tembak Reagan akan dibebas lepas 34 tahun

Jul 28, 2016 | 10:05 AM

WASHINGTON: Seorang hakim federal Amerika Syarikat memutuskan pada Rabu (27 Julai) John Hinckley Jr, yang mencederakan Presiden Ronald Reagan dan tiga orang lain dalam satu percubaan bunuh pada 1981, harus dibebaskan selepas 34 tahun.

Hakim Daerah AS Paul Friedman berkata Hinckley tidak lagi mendatangkan bahaya pada dirinya atau orang lain dan boleh dikeluarkan dari hospital psikiatri pemerintah di Washington untuk tinggal dengan ibunya.

Hinckley, 61 tahun, "dibenarkan tinggal sepenuh masa di Williamsburg, Virginia, atas cuti pemulihan, yang hendaklah bermula tidak awal dari 5 Ogos 2016", kata Encik Friedman.

Ibunya tinggal di Williamsburg, kira-kira 210km ke selatan Washington.

Perintah itu termasuk syarat Hinckley bertemu pakar psikiatri di Washington sekurang-kurangnya sekali sebulan dan memberitahu Perkhidmatan Rahsia apabila dia pergi ke janji temu itu.

Para juri memutuskan Hinckley tidak bersalah atas sebab gila bagi serangan ke atas Encik Reagan, yang turut menimpakan cedera parah ke atas setiausaha akhbar presiden James Brady.

Hinckley melakukan serangan itu untuk menarik perhatian pelakon Jodie Foster, yang dia tergila-gilakan. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3