Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Letupan besar gegarkan Kabul

Sep 03, 2019 | 02:28 PM



KABUL - Satu letupan besar telah menggegarkan Kabul pusat pada Isnin (2 September), berikutan satu serangan oleh Taliban.



Serangan itu dilakukan berhampiran sebuah kompleks antarabangsa, sementara wakil dari Amerika Syarikat melawat ibu kota Afghanistan itu untuk menghadiri satu rundingan dengan pemberontak.



Menurut laporan Agence France-Presse (AFP), ledakan itu berlaku berhampiran Green Village, iaitu sebuah kompleks besar yang menempatkan agensi bantuan dan pertubuhan antarabangsa, kata jurucakap kementerian ehwal dalam negeri, Encik Nasrat Rahimi.



Letupan tersebut dilakukan pada masa sama stesen TV utama Afghanistan, Tolo News, menyiarkan wawancara dengan wakil Amerika Syarikat (AS), Encik Zalmay Khalilzad, yang membincangkan mengenai potensi perjanjian bersama Taliban, yang akan menyaksikan AS menarik diri daripada lima pangkalan tentera di seluruh Afghanistan.



Das tembakan api boleh didengar selepas kejadian itu, diikuti pula dengan satu letupan kecil apabila sebuah stesen minyak berdekatan terbakar.



Setakat ini, tiada mangsa serangan dilaporkan.



Encik Khalilzad, yang telah berunding dengan Taliban selama setahun, memberitahu Tolo bahawa proses menalik balik tentera AS dari Afghanistan akan mula dikuat kuasa sekitar empat bulan dari masa perjanjian akhir diluluskan - dengan syarat Taliban kekal dengan komitmen mereka.



Namun, walaupun rundingan persetujuan antara AS dan Taliban telah memasuki peringkat yan dianggap ramai sebagai peringkat akhir, serangan keganasan masih berleluasa di Afghanistan.



Misalnya pada Sabtu, Taliban cuba merampas kawasan Kunduz di utara, sementara pada Ahad, mereka melancarkan satu operasi di bandar Pul-e Khumri, ibu kota wilayah Baghlan yang berdekatan.



Encik Khalilzad telah bertemu dengan Presiden Afghanistan Ashraf Ghani dan menunjukkan draf perjanjian yang dicadangkan.



Kesepakatan yang dicadangkan berlandaskan perjanjian untuk mengurangkan jumlah tentera AS di Afghanistan, sebaliknya, Taliban perlu memberi beberapa jaminan keselamatan, termasuk  perundingan damai yang lebih luas antara pemberontak dan pemerintah Afghanistan, dan gencatan senjata sebagai matlamat terakhir.



Namun, sekalipun kebanyakan daripada jumlah 13,000 tentera AS di Afghanistan bakal meninggalkan negera tersebut selepas perjanjian dipersetujui, Presiden Donald Trump berkata pada minggu lalu bahawa AS akan terus mengekalkan kehadiran tentera AS di Afghanistan - bermula dengan kehadiran 8600 tentera. -Berita Agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >