LONDON: Empat orang terbunuh dalam satu letupan dan kebakaran di bangunan tiga tingkat di pusat bandar di Leicester, England, kata polis semalam.
"Pada saat ini, ada empat kematian yang telah diberi pengesahan dan empat lagi orang berada di hospital, termasuk seorang yang mengalami kecederaan serius," kata polis Leicestershire dalam satu kenyataan mengenai letupan itu yang berlaku petang Ahad (dinihari semalam, waktu Singapura).