Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Letupan di Manchester Arena: 19 maut, lebih 50 cedera

May 23, 2017 | 10:16 AM



MANCHESTER (Britain): Sembilan belas maut dan lebih 50 cedera di Manchester, Britain angkara letupan - yang disyaki perbuatan pengganas - berlaku selepas konsert penyanyi Amerika Syarikat Ariana Grande malam Isnin (23 Mei, waktu Singapura)



Memberi komen melalui kenyataan polis Perdana Menteri Britain Theresa May berkata polis menyifatkan kejadian itu sebagai 'serangan pengganas dasyhat' dan beliau bersimpati dengan sesiapa yang terjejas.



Menurut Polis Pengangkutan British, letupan itu berlaku di ruang masuk Manchester Arena, apabila penonton sedang keluar dari dewan konsert yang baru sahaja berakhir.



Adalah difahami, dua pegawai Amerika yang tidak memberikan nama mencadangkan bahawa serangan itu dilakukan oleh pengebom nekad.



Jika ditentukan sebagai insiden pengganasan, serangan ini adalah yang paling membawa maut di Britain sejak empat pengebom nekad warga British membunuh 52 penumpang yang menggunakan sistem pengangkutan London pada Julai 2005.



Insiden ini mirip serangan pengganas di Paris pada November 2015, apabila pengganas membunuh 90 di dewan konsert Bataclan.



"Khidmat kecemasan sedang memberi respons kepada letupan di Manchester Arena. Ada sejumlah yang maut dan beberapa lagi yang cedera," kata Polis Greated Manchester melalui Twitter.



Manchester Arena boleh memuatkan 21,000 penontong pada satu masa.



Pasukan penghapus bom British sedang menyiasat letupan itu, menurut Sky News. Ia berkata polis telah menemui alat kedua yang disyaki dan melakukan letupan terkawal.



Orang ramai dinasihatkan mengelak kawasan sekeliling Manchester Arena itu.



Seorang penonton konsert Sasina Akhtar memberitahu The Manchester Evening News bahawa letupan berlaku di bahagian belakang dewan, selepas lagu terakhir dipersembahkan.



"Kami melihat gadis muda berlumuran darah... semua orang menjerit dan berlari," katanya.



Laporan pertama tentang letupan ini terbit sekitar 5.45 pagi waktu Singapura. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >