Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Letupan telefon bimbit yang dicas punca kematian CEO Malaysia

Jun 16, 2018 | 11:11 AM



PETALING JAYA: Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat Kementerian Kewangan Malaysia disahkan meninggal dunia kelmarin selepas telefon bimbitnya meletup.



Beliau ialah Encik Nazrin Hassan, CEO Cradle Fund Sdn Bhd.



“Laporan bedah siasat menyimpulkan penyebab kematian sebagai komplikasi kecederaan letupan disebabkan oleh telefon bimbit yang meletup, yang diletak di sebelah beliau,” kata pengurusan syarikat itu dalam satu kenyataan semalam, lapor The Star Online.



Sebelum itu, media melaporkan bahawa Allahyarham meninggal dunia akibat tersedut  asap selepas biliknya di rumahnya di Mutiara Damansara di sini terbakar kelmarin.



Menurut rakan keluarga, Nazrin mengadu migrain pada petang itu dan pergi tidur selepas mengambil ubat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata ia menerima laporan pada 12.30 malam dan mengerahkan dua kereta bomba dan 14 anggota bomba ke tempat kejadian.



Api dapat dipadamkan pada 12.53 malam.

Ketua Polis Daerah (OCPD) Petaling Jaya, Penolong Pesuruhjaya   Mohd Zani Che Din memberitahu The Star   sekitar 30 peratus  tubuh  mangsa melecur.



Mesej daripada keluarga Allahyarham  yang  viral dalam media sosial memetik seorang ipar lelaki beliau   mendakwa pada suatu peringkat, telefon itu terlampau panas lalu meletup, mengakibatkan trauma hentakan di bahagian belakang kepala yang membawa kepada kematian mangsa, lapor Bernama

Tilam turut disambar api.



“Beliau ada dua telefon, saya tidak tahu mana satu yang meletup. Siapa sangka prosedur rutin yang tidak berbahaya ini adalah penyebab tiga anak kecil membesar tanpa bapa mereka di sisi,” katanya.



Mesej itu turut memuatkan nasihat kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika mengecas telefon bimbit, termasuk menimbangkan  zon  selamat untuk berbuat demikian.



“Paling baik, bukan di dalam bilik tidur. Ia jauh lebih berbaloi sungguhpun telefon berada jauh daripada jangkauan,” kata ipar Allahyarham.



Cradle Fund  syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia yang berperanan membangunkan usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan Malaysia.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >