Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

IS letupkan masjid bersejarah di Mosul

Jun 23, 2017 | 05:30 AM



BAGHDAD: Militan IS meletupkan menara condong terkenal di Mosul dan masjid bersebelahannya, tempat pemimpin kumpulan pengganas itu, Abu Bakr al-Baghdadi, mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah pada 2014.



Menerusi media propagandanya, Amaq, IS menuduh masjid bersejarah zaman pertengahan itu dimusnahkan oleh serangan udara Amerika Syarikat.



Amerika, yang menerajui tentera pakatan antarabangsa menentang kumplan itu, menafikan dakwaan tersebut dengan menegaskan tiada serangan udara dilakukan ke kawasan itu.



Washington mengecam pemusnahan tapak bersejarah tersebut dan menyifatkannya sebagai jenayah terhadap penduduk Mosul dan rakyat Iraq.



Perdana Menteri Iraq, Encik Haider al-Abadi, berkata pemusnahan tempat itu adalah "perisytiharan kekalahan rasmi" militan itu dalam pertempuran lapan bulan untuk terus menguasai Mosul.



"Tentera kami mara ke arah sasaran mereka jauh di dalam Kota Lama dan apabila mereka mendekati 50 meter dari Masjid Nuri, IS melakukan satu lagi jenayah dengan meletupkan Masjid Nuri dan Hadba," kata komander keseluruhan serangan di Mosul, Leftenan Jeneral Abdulamir Yarallah.



Pemusnahan dua mercu tanda paling terkenal di Mosul itu dilakukan pada hari keempat serangan tentera Iraq yang dibantu pasukan antarabangsa untuk merampas semula Kota Lama, pertahanan terakhir IS.



Ia menokok kepada senarai panjang lokasi dan bangunan warisan yang dimusnahkan IS di Syria dan Iraq sejak al-Baghdadi menubuhkan pemerintahan khalifah membabitkan dua negara itu hampir tiga tahun lalu.



Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata lebih lima juta kanak-kanak amat memerlukan bantuan di Iraq, menggambarkan perang ke atas militan IS sebagai antara paling kejam dalam sejarah moden.



"Di seluruh Iraq, kanak-kanak terus menyaksikan kezaliman dan keganasan yang tidak dapat dibayangkan.



"Mereka dibunuh, dicederakan, diculik dan dipaksa menembak mati orang lain dalam satu daripada perang paling kejam dalam sejarah moden," kata Tabung Bantuan Darurat Kanak-Kanak PBB (Unicef) dalam satu kenyataan.



Di Mosul, kanak-kanak sengaja dibunuh militan IS bagi menghukum keluarga dan menghalang mereka melarikan diri.



Pertubuhan antarabangsa menganggarkan lebih 100,000 penduduk awam, separuh daripada mereka kanak-kanak, terperangkap dalam keadaan amat bahaya di pusat Kota Lama, daerah terakhir yang masih dalam penguasaan militan di Mosul.



Lebih 1,000 kanak-kanak terbunuh dan lebih 1,100 lagi cedera atau kehilangan anggota badan sejak 2014, apabila militan itu merampas sebahagian besar wilayah di Iraq.



Sementara itu, lebih 4,650 kanak-kanak terpisah daripada keluarga masing-masing.



Militan mula hilang penguasaan di kebanyakan bandar raya di Iraq selepas siri serangan yang dibantu Amerika sejak 2015. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >