JAKARTA: Gunung Sinabung yang terletak dalam daerah Karo di wilayah Sumatera Utara meletus awal pagi semalam dan menyemburkan abu panas sejauh dua kilometer ke langit.
Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Dr Sutopo Purwo Nugroho, menyatakan letusan itu berlaku pukul 2.45 pagi waktu tempatan diikuti beberapa gegaran serta semburan abu ke arah timur dan tenggara serta 1.5 kilometer ke selatan kawah gunung berapi itu.