KETUA MENTERI PULAU PINANG DITAHAN ATAS TUDUHAN RASUAH
Lim Guan Eng tidak mengaku salah
Jul 01, 2016 | 05:30 AM
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam tidak mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan rasuah berkaitan lot tanah dan banglo.
Mahkamah Tinggi juga membenarkan Encik Lim diikat jamin RM1 juta ($335,356) dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tuduhan.