Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lima kanak-kanak maut di Australia dalam tragedi permainan belon istana

Dec 16, 2021 | 07:33 PM



SYDNEY: Lima kanak-kanak terbunuh dan beberapa lagi cedera parah apabila sebuah permainan ‘bouncy castle’ atau permainan belon istana tiba-tiba ditiup ke udara sewaktu pesta akhir penggal di Australia pada Khamis (16 Dis), kata polis.



Polis berkata, murid-murid di sebuah sekolah rendah di Devonport, utara Tasmania, sedang meraikan minggu terakhir kelas sebelum cuti Hari Natal apabila mereka tercampak dari ketinggian sekitar 10 meter.



Polis mengesahkan dua murid lelaki dan dua perempuan berusia sekitar 10 hingga 12 tahun terbunuh dalam kejadian berkenaan, manakala murid kelima meninggal dunia di hospital.



Beberapa helikopter penyelamat dan ambulans telah dikerahkan ke tempat kejadian di Sekolah Rendah Hillcrest, menurut pihak polis.



Sekolah itu sedang menyambut penghujung penggal sekolah sebelum cuti Hari Natal.



Siasatan polis sedang dijalankan. 



Perdana Menteri Australia Scott Morrison menyifatkan kejadian itu sebagai satu kejadian yang “amat menyedihkan dan menyayat hati”.



“Kanak-kanak kecil sedang berseronok bersama dengan keluarga mereka, dan ia bertukar menjadi tragedi yang begitu ngeri. Ia berita yang amat menyedihkan,” kata Encik Morrison.



“Saya hanya ingin berkata, kepada ibu bapa dan keluarga dan rakan-rakan, semua yang berada di sana, kepada anak-anak kecil yang lain di sana dan menyaksikan kejadian ini, saya hanya berdoa agar anda mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang hebat disisi anda dan saya berharap anda dapat mengharungi tragedi ngeri ini.” 



Sekolah berkenaan mempunyai sekitar 200 pelajar. Perkhidmatan cuaca tempatan telah meramalkan “angin ringan” untuk kawasan itu, yang terletak di utara Tasmania itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >