Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lima maut apabila pesawat kecil terhempas di pusat beli-belah Melbourne

Feb 21, 2017 | 08:48 AM



SYDNEY - Lima orang terbunuh pada Selasa (21 Feb) apabila sebuah pesawat kecil terhempas di bumbung sebuah pusat membeli-belah selepas berlepas dari lapangan terbang di luar Melbourne, bandar kedua terbesar di Australia, kata polis.



Pesawat Beechcraft King Air jenis turboprop-kembar mengalami kerosakan enjin dan terhempas di pusat beli-belah di hujung landasan di Lapangan Terbang Essendon, pembantu pesuruhjaya polis Stephen Leane memberitahu pemberita di Melbourne.



Saksi memberitahu Australian Associated Press pesawat meletup dalam kemalangan itu.

"Ada lima orang dalam pesawat dan kelihatan tiada siapa yang terselamat dalam kejadian itu," kata Leane.



Nahas itu berlaku sekitar 9 pagi, kira-kira satu jam sebelum pusat membeli-belah dibuka. Tiada sebarang kemalangan jiwa lain dilaporkan.



Sky News menunjukkan bangkai pesawat bertaburan di kawasan letak kereta pusat membeli-belah dan asap hitam dari lokasi kemalangan.



Polis tidak mengeluarkan maklumat mengenai identiti mangsa.



Pesawat itu telah menuju ke King Island dalam Selat Bass antara tanah besar dengan Tasmania.



Jurucakap Airservices Australia berkata penerbangan masuk dan keluar dari lapangan terbang utama di Melbourne tidak terjejas. Lapangan Terbang Essendon, yang digunakan terutamanya oleh pesawat ringan, masih ditutup.



Biro Keselamatan Pengangkutan Australia akan menyiasat kemalangan itu. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >