Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lion City Sailors umum tawaran biasiswa $1j untuk tingkat ekosistem bola sepak negara

Jun 10, 2020 | 10:45 AM



KELAB bola sepak setempat, Lion City Sailors Football Club (LCSFC), hari ini mengumumkan langkah terbaharu dalam iltizamnya untuk meningkatkan ekosistem bola sepak Singapura, dengan pelancaran program biasiswa $1 juta.



Program biasiswa ini bertujuan memupuk kerjaya pemain bola sepak muda berbakat di negara ini. 



Program Pembangunan Elit perintis selama empat tahun ini akan menjadi daya usaha utama pusat pembangunan belia dalaman kelab, Akademi Bola Sepak LCS.



Program Pembangunan Elite adalah aspek utama visi LCS untuk menjadi hab pembangunan bola sepak elit untuk Singapura, dan akan bermula dengan pengambilan 25 orang calon berusia 12 tahun yang dilahirkan pada 2008.



Dilengkapi tenaga pakar termasuk pakar pemakanan, psikologi sukan, penganalisis video dan doktor sukan, program ini dibuat berdasarkan akademi kelab bola sepak profesional Eropah yang terkemuka. 



"Ia bertujuan mewujudkan persekitaran untuk menanamkan ciri-ciri baik dalam diri seseorang pemain, baik di dalam mahupun di luar lapangan, yang akan menyediakan wadah yang kukuh untuk seseorang pemain itu melancarkan kerjaya profesional di luar Singapura dan ke liga utama di Asia dan Eropah," kata LCS dalam kenyataannya hari ini. 



Pengalaman yang diperolehi pemain Singapura bermain di liga teratas di peringkat antarabangsa, dengan perkongsian pengetahuan dan kepakaran yang seterusnya dalam pasukan kebangsaan, akan mewujudkan kitaran yang baik bagi membina persekitaran positif untuk pembangunan bola sepak di sini.



Program Pembangunan Elite dibangunkan mengikut sukatan pendidikan sekolah Singapura bagi memastikan para penerima biasiswa terus cemerlang dalam akademik dan mendapat pendidikan bola sepak terbaik. 



Pelajar akan tampil dalam pertandingan tempatan mingguan, kem latihan luar negara setiap suku tahun, kejohanan luar negara utama tahunan, dan juga latihan dengan kelab-kelab asing terkemuka. 



Tambah LCS, program ini juga akan merangkumi Program Adaptasi Profesional untuk memudahkan para penerima biasiswa  kembali ke persekitaran bola sepak profesional yang kompetitif setelah menyelesaikan Perkhidmatan Nasional, dengan tujuan menandatangani kontrak dengan kelab luar negara.



Biasiswa ini merangkumi semua kos yang dikeluarkan semasa latihan, insurans dan pakaian, dengan kem dan kejohanan luar negara menikmati subsidi 50 peratus. 



Selain itu, para penerima biasiswa yang terpilih akan mendapat elaun tunai tambahan. 



Jumlah ini berjumlah $250,000 yang dilaburkan dalam program setahun, berjumlah $1 juta selama empat tahun.



Program Pembangunan Elite adalah inisiatif inti dari Akademi Bola Sepak LCS, pusat pengembangan bakat dalaman kelab, yang sebelumnya dikenali sebagai Pelindung LFA.



Pemohon yang berminat boleh mengunjungi laman akademi LCS untuk keterangan lanjut bagi biasiswa yang ditawarkan. 



Disebabkan kawalan pergerakan bagi membendung penularan koronavirus, pemilihan terbuka akan hanya diumumkan pada satu tarikh lain. 



Menurut LCS lagi, Akademi Bola Sepak LCS yang sebelum ini dikenali sebagai LFA Protectors akan dikendalikan oleh Luka Lalic, yang merupakan Ketua Metodologi, Pelatih Pembangunan Antarabangsa Feyenoord Rotterdam sebelum menandatangani kontrak dengan LCS. 



Beliau memiliki kepakaran dalam membentuk pemain muda menjadi pemain bola sepak profesional. 



Beliau kan mengawasi pelaksanaan Program Pembangunan Elit yang akan bermula dengan skuad Bawah-13 hingga ke Bawah-17.

 

Akademi Bola Sepak LCS juga menampilkan program berbayar untuk kanak-kanak antara enam hingga 12 tahun yang akan menampilkan pasukan lelaki dan perempuan di semua peringkat umur.



Program untuk gadis akan berdasarkan kaedah 'Football Know How', dengan pasangan dari Belanda; Hesterine de Reus, mantan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Wanita Australia, dan mantan jurulatih FA Belanda, Sandra Awondatu, sebagai konsultan.



"Keutamaan Akademi Bola Sepak LCS adalah untuk memberi laluan kepada kerjaya profesional di Singapura dan di peringkat global untuk anak lelaki dan perempuan yang paling berbakat di negara ini. 



"Ia bermula dengan laluan pembangunan tempatan, untuk anak lelaki menuju pasukan pertama Sailor yang bersaing di Liga Perdana Singapura; dan untuk kanak-kanak perempuan, ke dalam pasukan wanita Lion City Sailors yang bertanding dalam Liga Perdana Wanita Singapura.



"Semua pasukan di Akademi Bola Sepak LCS akan mendapat sokongan daripada pasukan pakar yang merangkumi doktor sukan, pakar pemakanan dan psikologi sukan," kata LCS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >