Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

The Loaf, kedai roti milik Dr Mahathir ditutup

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

The Loaf, kedai roti milik Dr Mahathir ditutup

Apr 14, 2018 | 03:30 PM

PETALING JAYA: Kedai roti premium, The Loaf, milik Tun Dr Mahathir Mohamed menutup perniagaannya selepas 12 tahun beroperasi.

Pembekal khidmat nasihat kewangan dan penstrukturan semula Derrier Hodgson, Andrew Heng, berkata pemilik kedai roti itu telah memilih untuk menutup perniagaan tersebut. 

“Mereka menutup kesemua 12 cawangan di negara ini,” katanya kepada The Star semalam. 


Penutupan itu disiarkan menerusi satu notis yang dimuatnaik dalam media sosial bertarikh 9 April lalu yang ditujukan khusus untuk pelanggan mereka.

Notis itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab mengapa ia ditutup sebaliknya hanya berkata berpuas hati berjaya mencapai objektif utamanya.

The Loaf diuruskan oleh M&M Consolidated Sdn Bhd, usaha sama di antara Dr Mahathir dan Motoko Resources Sdn Bhd. Dr Mahathir memiliki 51 peratus kepentingan dalam syarikat itu.- THE STAR/ASIA NEWS NETWORK
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3