Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lombok dilanda gempa baru sekuat 6.3

Aug 19, 2018 | 02:13 PM



LOMBOK:  Gempa bumi sekuat  6.3  menggegarkan pulau Lombok di Indonesia pada  Ahad (19 Ogos), membuat  orang melarikan diri ke jalan-jalan hanya dua minggu selepas satu gempa membunuh  lebih 460 orang.



Gempa itu berpusat di barat barat daya  bandar Belanting di Lombok Timur, kata Kajian  Geologi Amerika Syarikat   (USGS), pada   kedalaman  agak cetek 7.9 kilometer.



Gempa  itu tidak mencetuskan potensi tsunami,  pegawai  Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Pambagiao memberitahu Xinhua melalui telefon.



Tiada laporan kematian atau kecederaan segera daripada gegaran terkini itu.



“Gempa bumi membuat  orang panik dan melarikan diri dari rumah mereka,” kata jurucakap agensi bencana nasional Sutopo Purwo Nugroho kepada Metro TV. “Kami masih menyiasat.”



Beliau menambah bahawa tanah runtuh dilaporkan berlaku di taman negara di mana beratus-ratus pendaki gunung    terperangkap di gunung berapi Rinjani selepas gempa pada akhir  Julai.



Penduduk berkata gempa  terbaru dirasai dengan kuat   di Lombok Timur.



“Saya sedadng memandu untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa bencana lalu  apabila tiba-tiba tiang elektrik bergoyang. Saya sedar ia adalah gempa bumi.



“Orang ramai mula menjerit dan menangis. Mereka semua berlari ke jalan,” kata penduduk timur Lombok Augus Salim kepada AFP.



Gegaran itu  dirasakan juga di ibu kota  Mataram dan di pulau peranginan  Bali.



Ia datang dua minggu selepas gempa 6.7   pada 5 Ogos merobohkan  puluhan ribu rumah, masjid dan perniagaan di seluruh Lombok.



Lebih  460 orang mati dan puluhan ribu cedera. Kawasan paling teruk terjejas  terletak di utara pulau itu.



Seminggu sebelum  bumi itu, satu lagi gempa   melanda pulau tersebut dan   membunuh 17 orang.



Gempa 5 Ogos membuat  lebih  350,000 orang terusir kini  tidur di bawah khemah atau kain tarpal  berhampiran rumah mereka yang rosak atau di tempat perlindungan, dan   kemudahan perubatan sementara   ditubuhkan untuk merawat mangsa yang cedera. – AFP, Reuters, Xinhua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >