Lori tangki meletup, 9 maut, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Lori tangki meletup, 9 maut

Jul 02, 2018 | 01:20 PM

LAGOS: Sembilan maut apabila sebuah trak membawa bahan api meletup hingga menyebabkan kebakaran besar melanda kawasan komersial di sini, semalam.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Suleiman Yakubu, berkata setakat ini, insiden berkenaan sudah mengorbankan lima mangsa dan jumlahnya dijangka meningkat.

"Kebakaran merebak dengan cepat, sebaik sahaja letupan berlaku," katanya kepada AFP.

Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari dalam satu kenyataan melahirkan rasa sedihnya apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu yang mengorbankan beberapa mangsa.

"Sungguh menyedihkan, ia adalah antara tragedi buruk yang pernah kita saksikan baru-baru ini," katanya.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dalam pada itu, Kor Keselamatan Jalan raya Persekutuan Nigeria dalam satu kenyataan di Twitter berkata, sekurang-kurangnya 54 kenderaan terbabit dalam kebakaran itu.

Insiden letupan bahan api sering berlaku di Nigeria, iaitu negara pengeluar minyak terbesar di Afrika kerana ia dibawa menggunakan trak yang tidak diselenggara dengan baik.

"Kita perlu mencari jalan bagi memastikan semua pemandu trak lebih bertanggungjawab ketika memandu.

"Kita perlu bekerjasama dengan pelbagai agensi persekutuan supaya krisis seperti ini tidak berlaku lagi," kata jurucakap kerajaan negeri Lagos, Kehinde Bamigbetan. - AFP

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map