Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS lulus bebas lima lagi tahanan Guantanamo Bay

Jan 14, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dilaporkan meluluskan pembebasan lima lagi banduan dari di pusat tahanan Guantanamo Bay.



Bagaimanapun, langkah itu tidak bermakna banduan tersebut akan meninggalkan penjara itu dalam masa terdekat.



Lapor Al Jazeera, banduan itu terdiri daripada tiga warga Yaman, seorang rakyat Somalia dan seorang dari Kenya.



Maklumat itu berdasarkan dokumen disiarkan secara dalam talian oleh Jabatan Pertahanan AS pada minggu ini.



Lima individu itu antara 39 banduan yang masih ditahan di penjara ketenteraan berpangkalan di Cuba.



Secara keseluruhannya, banduan tersebut menghabiskan masa selama 85 tahun dalam penjara yang beroperasi lebih dua dekad lalu.



Guantanamo Bay ditubuhkan selepas serangan pengganas di AS pada 2001 bagi menempatkan tahanan disyaki terlibat dengan kegiatan keganasan atau jenayah berat.



Dua dekad selepas tahanan pertama tiba di Guantanamo Bay, sekumpulan pakar dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Washington supaya menutup secara rasmi pusat tahanan yang disifatkan sebagai 'tidak henti-henti mencabuli hak asasi manusia'.



Lebih puluhan pakar hak asasi PBB menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap penjara ketenteraan yang berpangkalan di Cuba itu masih beroperasi sehingga kini.



Kumpulan pakar itu menyifatkan pusat tahanan tersebut yang dibuka pertama kali kepada banduan pada 10 Januari 2002 sebagai 'kemasyhuran tiada tandingan' dan 'kekotoran' terhadap komitmen Washington yang kononnya berpegang pada kedaulatan undang-undang.



"Selama 20 tahun Guantanamo Bay menjadi saksi penderitaan, keperitan yang dialami oleh tahanan dan situasi itu menyebabkan tiada satu kerajaan di dunia ini bersetuju dengan penubuhannya," jelas mereka menerusi satu kenyataan bersama.



Kumpulan pakar PBB itu menggesa pemerintah AS supaya menutup penjara tersebut, menghantar pulang semua tahanan ke tempat asal mereka atau negara ketiga yang selamat dan menyediakan pemulihan untuk banduan.



Sebagai negara anggota yang baru dilantik dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, adalah penting untuk AS 'menutup semua bab yang teruk mengenai pencabulan hak asasi manusia'.



Guantanamo Bay pernah mempunyai seramai hampir 800 banduan dari seluruh dunia, kini penjara tersebut hanya menahan 39 banduan lelaki dengan ada di antara mereka sudah ditahan sejak awal pembukaannya.



Seramai 13 tahanan daripada jumlah tersebut sudah pun bersedia untuk dipindahkan, sama ada dihantar pulang ke negara asal atau tempat lain, namun kesemuanya melibatkan prosedur yang perlahan.



Manakala, 14 lagi tahanan menunggu untuk dibebaskan, dengan 10 daripadanya dalam proses perbicaraan dan dua lagi sudah disabit kesalahan.



Jurucakap Pentagon, John Kirby kelmarin memaklumkan, Presiden AS, Joe Biden mempunyai perancangan untuk menutup Guantanamo, biarpun berdepan dengan pelbagai isu politik.



"Apa yang boleh saya beritahu, kerajaan AS komited untuk menutup Guantanamo.



"Kami dalam proses untuk membuat keputusan penting mengenai Guantanamo dan perkara itu akan melibatkan Rumah Putih, tentera AS, Jabatan Keadilan dan beberapa agensi lain," kata Kirby kepada media. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >