Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS lulus penggunaan vaksin Covid-19 Pfizer

Dec 13, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat telah meluluskan vaksin Covid-19 Pfizer bagi penggunaan kecemasan semalam, menurut dua orang yang tahu tentang keputusan itu tetapi enggan nama didedahkan kerana mereka tidak dibenarkan untuk bercakap tentangnya.



Ini bermakna jutaan orang yang paling mudah terjejas akan mula menerima vaksin itu dalam beberapa hari.



Kelulusan itu merupakan titik perubahan bersejarah dalam pandemik yang telah meragut lebih 290,000 nyawa di Amerika.



Dengan keputusan itu, Amerika menjadi negara keenam - di samping Britain, Bahrain, Canada, Arab Saudi dan Mexico - untuk meluluskan vaksin itu.



Kelulusan oleh pihak lain bagi penggunaan vaksin itu, termasuk oleh Kesatuan Eropah, dijangka dalam beberapa minggu.



Presiden Donald Trump berkata Amerika akan mula memberikan vaksin itu "dalam kurang 24 jam".



"Menerusi kerjasama kami dengan FedEx dan UPS, kami telah mula menghantar vaksin ke setiap negeri dan kod pos dalam negara," kata beliau, sambil menambah bahawa gabenor akan menentukan siapakah yang akan menerima suntikan vaksin itu terdahulu di negeri masing-masing.



"Kita mahu warga emas, pekerja jagaan kesihatan dan pekerja yang memberi respons pertama berada di depan barisan (untuk mendapatkan vaksin)," kata Encik Trump.



"Ini akan mengurangkan kematian dan kemasukan ke hospital dengan cepat dan banyak," tambah beliau.



Tindakan FDA menyusuli rentetan peristiwa luar biasa pada pagi kelmarin di mana ketua pegawai Rumah Putih, Encik Mark Meadows, memberitahu pesuruhjaya FDA, Dr Stephen Hahn, untuk mempertimbang mencari pekerjaan lain jika beliau tidak mendapatkan kelulusan kecemasan kelmarin, menurut seorang pegawai pentadbiran kanan yang enggan namanya didedahkan kerana beliau tidak dibenarkan membincangkan hal tersebut.



Dr Hahn kemudian mengarahkan pengawal selia vaksin di agensi itu untuk melakukan perkara tersebut sebelum hari itu berakhir.



Tindakan meluluskan vaksin itu melancarkan usaha penyelarasan rumit daripada Pfizer, syarikat kiriman privet, pegawai kesihatan negeri dan setempat, tentera, hospital, dan rantaian farmasi untuk mendapatkan kumpulan sekitar tiga juta dos bagi minggu pertama kepada pekerja jagaan kesihatan dan penghuni rumah penjagaan secepat mungkin sementara memastikan vaksin disimpan dalam suhu sangat sejuk.



Pfizer mempunyai perjanjian dengan pemerintah Amerika untuk membekalkan 100 juta dos vaksin pada Mac.



Di bawah perjanjian itu, vaksin akan diberikan secara percuma kepada orang awam.



Setiap negeri, di samping enam bandar utama, telah memberikan pemerintah persekutuan senarai lokasi - kebanyakannya hospital - di mana vaksin Pfizer itu akan dihantar. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >