Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS luluskan jualan peluru berpandu $870j kepada Saudi

Nov 06, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat meluluskan penjualan senjata utama pertamanya kepada Arab Saudi di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden, dengan penjualan 280 peluru berpandu udara ke udara bernilai hingga AS$650 juta ($870 juta), kata Pentagon kelmarin.



Walaupun Arab Saudi adalah rakan kongsi pentingnya di Timur Tengah, penggubal undang-undang Amerika mengkritik Riyadh kerana pelibatannya dalam perang di Yaman, konflik yang dianggap sebagai salah satu bencana kemanusiaan terburuk di dunia.



Sebelum ini, mereka enggan meluluskan banyak penjualan ketenteraan kepada kerajaan Arab Saudi tanpa ada jaminan bahawa peralatan Amerika tidak akan digunakan untuk membunuh orang awam.



Pentagon memberitahu Kongres mengenai penjualan itu kelmarin.



Jika diluluskan, perjanjian itu akan menjadi penjualan pertama kepada Arab Saudi sejak pentadbiran Biden mengamalkan dasar menjual hanya senjata pertahanan kepada sekutu Teluk itu.



Jabatan Negara meluluskan penjualan itu pada 26 Oktober, kata seorang jurucakap sambil menambah bahawa penjualan peluru berpandu udara ke udara itu muncul selepas "peningkatan serangan rentas sempadan terhadap Arab Saudi sepanjang tahun lalu".



Syarikat Raytheon Technologies membuat peluru berpandu itu.



Penjualan itu "konsisten sepenuhnya dengan ikrar pentadbiran (Biden) akan memimpin melalui diplomasi untuk menamatkan konflik di Yaman," kata jurucakap Jabatan Negara dalam satu kenyataan.



Peluru berpandu udara ke udara itu memastikan "Arab Saudi mempunyai cara untuk mempertahankan diri daripada serangan udara Houthi yang disokong Iran," katanya.



Selepas hubungan mesra pentadbiran Trump dengan Riyadh, pentadbiran Biden menyemak semula pendekatannya terhadap Arab Saudi, sebuah negara yang Amerika mempunyai kebimbangan besar mengenai hak asasi manusia tetapi juga antara sekutu paling rapatnya dalam menangani ancaman yang ditimbulkan Iran.



Pakej pembelian itu termasuk 280 peluru berpandu jarak sederhana, 596 pelancar peluru berpandu bersama kontena dan peralatan sokongan, alat ganti, serta kejuruteraan kontraktor dan sokongan teknikal pemerintah Amerika.



Walaupun telah mendapat kelulusan Jabatan Negara, pemberitahuan itu tidak menunjukkan bahawa kontrak telah ditandatangani atau rundingan telah dimuktamadkan.



Sebelum ini, serangan dron telah dilakukan ke atas Lapangan Terbang Abha di Arab Saudi, mencederakan lapan orang pada 31 Ogos, kata kerajaan Arab Saudi, yang mengetuai satu pakatan yang memerangi pemberontak Houthi di negara jiran Yaman.



Gabungan itu kemudian mengatakan ia melancarkan operasi ketenteraan yang menyasarkan tempat pelancar yang digunakan di Sanaa - ibu kota Yaman yang berada di bawah kawalan pemberontak sejak 2014 - yang digunakan untuk melakukan serangan ke atas Lapangan Terbang Abha.



Ia menambah bahawa pihaknya telah "memusnahkan unsur pengganas yang bertanggungjawab ke atas serangan itu". - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >